BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR


Filem aksi superhero Malaysia yang paling dinanti-nantikan, ‘Keluang Man’, kini bersedia menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025! Diterbitkan oleh Astro Shaw, Keluang Man menandakan permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe. Hari ini, treler rasmi telah dilancarkan, diikuti dengan pelancaran poster rasmi serta pengumuman kempen inisiatif strategik yang komprehensif yang direka untuk pengalaman penonton dan memperkukuhkan kehadiran filem ini di pawagam. Langkah berani ini menyaksikan Keluang Man membawa pengalaman superhero Malaysia melangkaui layar perak dan seterusnya mengukuhkan lagi potensi filem ini untuk melakar fenomena tersendiri dalam budaya pop tempatan.

Menerusi treler rasmi yang dilancarkan, filem ‘live-action’ ini memperkenalkan dunia Keluang Man yang lebih moden, penuh aksi mendebarkan dan visual sinematik berkualiti tinggi. Treler ini bukan sahaja mencetus keterujaan luar biasa di kalangan peminat setia, malah turut menarik perhatian generasi baharu, sekali gus membuktikan bahawa Malaysia mampu menghasilkan filem adiwira setanding produksi antarabangsa.

Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Kami telah mengumumkan penghasilan filem Keluang Man sejak tiga tahun lalu, dan sepanjang tempoh itu, pelbagai usaha berterusan dijayakan. Antaranya, kerjasama strategik bersama Kopi Wonda, kemunculan pertama Keluang Man bersama sutnya pada acara Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67, serta mural gergasi Keluang Man yang diabadikan di Kluang, Johor.


Keluang Man bukan sekadar sebuah filem, tetapi menyaksikan permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe yang penuh dengan pengalaman segar. Kami teruja untuk memperkenalkan superhero ikonik Malaysia ini dengan cara yang memberi impak merentasi di pelbagai platform. Istimewanya, filem ini telah menarik minat pelbagai jenama besar produk tempatan untuk turut serta menjayakan inisiatif pemasaran. Ia bukan sahaja mencerminkan sokongan yang tinggi terhadap kandungan tempatan, malah membuktikan potensi besar kandungan kreatif Malaysia sebagai platform berimpak tinggi yang merancakkan ekosistem di antara industri hiburan dan sektor komersial. Astro Shaw berterima kasih kepada semua rakan kerjasama atas komitmen dan kepercayaan buat filem ini.

Hari ini, kami mahu meraikan superhero original Malaysia dan memperkenalkan legasinya kepada generasi baru. Dengan penuh rasa bangga, kami mempersembahkan treler rasmi dan diharapkan dapat menyuntik lagi keterujaan penonton. Filem Keluang Man sudah bersedia untuk memeriahkan pawagam, jadi nantikan kemunculannya pada 29 Mei ini.”

Pelbagai kolaborasi kreatif telah dirancang untuk menyemarakkan lagi tayangan Keluang Man di pawagam termasuk:


‘Wonda Kopi Kluang’

Wonda Kopi Kluang diperkaya dengan rasa kopi tempatan bersama Tongkat Ali, kopi ini melambangkan kekuatan superhero Malaysia dan mendorong peminat kopi menemui semangat wira dalam diri mereka. Wonda Kopi Kluang ini tampil dengan pek edisi terhad yang dihiasi dengan lima watak ikonik dari dunia Keluang Man, seperti Keluang Man, Ahmad, Shamsir, Dr. Malini, dan BeBe. Pek edisi terhad ini boleh didapati di kedai terpilih seperti 7-Eleven, myNEWS, Shell, Petronas, Family mart, ST Rosyam Mart dan Etika Kedai Rasmi.

Menerusi pek edisi terhad ini juga memberi peluang kepada peminat untuk mendapatkan barangan eksklusif Keluang Man seperti figura mini karakter utama, payung edisi khas, komik edisi terhad dan rantai kunci yang boleh didapati di kedai terpilih seperti:
  • 7Eleven (rantai kunci) / myNEWS (komik): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM10
  • Shell (figura aksi): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM15.
  • Petronas (Payung Keluang Man): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM30. Promosi dari sekarang hingga 30 Jun.
Untuk info lanjut layari etikaholdings.com/campaigns

‘Wonda-ful Keluang Man burger’

Buat pertama kali dalam filem tempatan, Keluang Man memperkenalkan burger eksklusif bertemakan watak ikonik ini yang dinamakan, ‘Wonda-ful Keluang Man burger’. Kolaborasi strategik antara Keluang Man, Kopi Wonda dan myBurgerLab ini meraikan keunikan adiwira tempatan dalam bentuk sajian menarik. Burger ini menampilkan roti maroon khas bersama sos istimewa yang diadun dengan Kopi Wonda, diinspirasikan daripada sut Keluang Man. Burger ini boleh didapati di semua cawangan myBurgerLab pada harga RM20 atau dalam set lengkap bersama kentang goreng dan Wonda milkshake pada harga RM41.90.

‘Keluang Man WONDA Fun Run’

Lari bersama Keluang Man dan barisan selebriti! Bagi menambahkan lagi keterujaan tayangan filem ini, peminat boleh menyertai Keluang Man WONDA Fun Run pada 18 Mei di Menara DBKL, Kuala Lumpur. Larian sejauh 5 kilometer ini bakal bermula seawal 5.00 pagi dan dijayakan sempena program Car Free Morning anjuran DBKL. Menariknya, peserta larian boleh tampil dengan gaya tersendiri bertemakan Keluang Man. 1,000 peserta terawal yang berdaftar akan menerima jersi eksklusif Keluang Man secara percuma! Daftar segera di www.keluangman.com, dari 23 April hingga 2 Mei.

‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’

Koleksi eksklusif ini menampilkan figurin miniatur dan pin ekslusif edisi terhad yang direka serta dihasilkan oleh tukang piuter mahir Royal Selangor. Figurin dirakam dalam gerakan gaya ‘bersilat’ dan ia dikeluarkan sebanyak 30 unit sahaja, beserta sijil dan nombor individu. Manakala, pin lapel piuter Keluang Man menampilkan lambang ikoniknya sebagai penghormatan berani kepada wira rakyat Malaysia yang membanteras jenayah di bawah lindungan malam. Tersedia dalam kemasan satin dengan edisi terhad 100 unit dalam kemasan bersalut emas 24K.

‘Keluang Man dan Fung Keong’

Keluang Man bersama jenama kasut ikonik tempatan sejak 1939, Fung Keong memperkenalkan koleksi kasut edisi khas, ‘FK Sneakers’. Koleksi ini diinspirasikan daripada sut ikonik Keluang Man, menampilkan gabungan rekaan retro klasik. Dapatkannya di outlet terpilih Fung Keong bermula Mei ini.

‘Keluang Man dan Abstrax’

Jenama lokal terkenal Abstrax memperkenalkan jersi eksklusif Keluang Man, direka khas dengan gaya dan karakter Keluang Man. Dihasilkan dengan penuh perincian dan kualiti premium, jersi ini boleh didapati di outlet terpilih Abstrax.

Filem Keluang Man merupakan teribitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions. Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.


Sementara menantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.

Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.



Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

ASTRO DAN SUN NXT BEKERJASAMA BAWAKAN HIBURAN INDIA TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA