MALAYSIA AIRPORTS UMUM PEMENANG PERADUAN LICENCE TO WIN 2024
Malaysia Airports telah mengumumkan para pemenang kempen Licence to Win (LTW) 2024 dengan hadiah utama yang luar biasa - pengalaman membeli-belah di lapangan terbang bernilai RM1 juta yang dimenangi oleh Emilyn Ooi Lee Swan, seorang warga Malaysia.
Kempen ini menjadikan membeli-belah di lapangan terbang sebagai satu perjalanan yang mengujakan, berlangsung di lima lapangan terbang antarabangsa Malaysia Airports. Pembeli yang berbelanja minimum RM200 berpeluang memenangi hadiah bulanan dan akhirnya, hadiah utama yang menjadi impian ramai.
Setelah kali terakhir diadakan pada 2019, edisi 2024 Licence to Win kembali dengan penuh kejayaan dan menarik perhatian luar biasa. Peserta hadir dari seluruh dunia, termasuk Malaysia, Indonesia, China, India, dan Singapura, dengan lebih 300,000 penyertaan diterima. Acara kemuncak tahun ini juga menjadi momen istimewa kerana semua finalis hadiah utama adalah wanita, satu penghormatan kepada pengaruh dan kehadiran yang semakin meningkat pelancong wanita dalam ruang runcit di lapangan terbang.
![]() |
Hani Ezra Hussin, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports |
Berkongsi pandangan mengenai kempen ini, Hani Ezra Hussin, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, berkata, “Kami melihat LTW bukan sekadar peraduan. Ia adalah cara untuk mendefinasikan semula pengalaman membeli-belah di lapangan terbang. Energi tahun ini sangat berbeza. Ia bukan hanya tentang jualan atau kunjungan, tetapi juga rasa keterujaan dan keterhubungan yang kembali ke lapangan terbang kami sejak pandemik. Menyaksikan wanita menjadi tumpuan kali ini sangat bermakna. Momen seperti ini mengingatkan kami betapa besarnya potensi untuk menjadikan lapangan terbang sebagai tempat penerokaan dan kebahagiaan, bukan sekadar tempat transit.”
Melalui inisiatif strategik, Malaysia Airports telah memperkasakan peruncit dengan memacu jualan dan keterlibatan. Ini diperkukuhkan dengan sokongan pemasaran termasuk kempen membeli-belah yang meningkatkan keterlihatan dan impak.
Sepanjang tempoh kempen, Malaysia Airports juga melaksanakan peningkatan dan transformasi besar-besaran di rangkaiannya. Menjelang akhir tahun 2024, 90% premis komersial telah dibuka, menawarkan penumpang pilihan runcit yang lebih luas dan lebih meriah. Eraman Malaysia, rakan runcit untuk kempen ini, telah menyelesaikan pembaharuan premis utamanya di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) tahun lalu. Tahun ini, mereka memulakan satu lagi pengubahsuaian besar pada emporium Duty Free di Terminal 2, KLIA yang dijangka siap pada penghujung tahun.
Baucar membeli-belah yang diberikan semasa kempen LTW ini tiba tepat pada masanya, memberikan pemenang enam bulan untuk menikmati pengalaman runcit dan makanan yang dipertingkatkan di lima lapangan terbang antarabangsa Malaysia Airports: KLIA, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu, dan Kuching.
Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysiaairports.com.my atau ikuti @shopmyairports di Instagram dan Facebook.
Comments
Post a Comment