SATU PESTA LIMA PEMUZIK BERBEZA GENRE, SUASANA MUSICA FEST ‘DIBINTANGI’ NIDJI, GEISHA, D’MASIV, SHAKIRA JASMINE, STEVEN PASARIBU


Menamakan keraian sebagai Musica Fest pada penganjuran ini adalah sebuah pilihan tepat daripada Shiraz Projects dengan kolaborasi Musica. Hal ini lantaran, musica yang mencakupi unsur-unsur irama dan rentak berbeza akan dibawakan oleh barisan artis serta pemuzik yang terlibat dengan Musica Fest.

Nidji, Geisha, D’ Masiv, Shakira Jasmine, Steven Pasaribu; lima pemuzik terdiri daripada kugiran sehingga solois yang kesemuanya berlainan genre digabungkan dalam Musica Fest. Dijadual berlangsung pada 16 November 2025, Musica Fest akan dianjurkan di Axiata Arena Kuala Lumpur. 

Selaku penganjur, Shiraz menyifatkan lima pemuzik yang bakal menghiburkan peminat di Musica Fest pada 16 November 2025 kelak merupakan pilihan dan kombinasi tepat. “Shiraz Projects sekali lagi berbangga apabila kembali menganjurkan pesta muzik seperti Musica Fest yang dibarisi oleh pemuzik tenar atau terkenal dari Indonesia yang sentiasa teruja kembali membuat persembahan di Malaysia. 

“Saya menyifatkan Nidji, Geisha dan D Masiv misalnya bukan ‘pemain baharu’ dalam lapangan ini tetapi permintaan peminat untuk mendengar dan menonton persembahan mereka di Malaysia masih tinggi. Ini pula akan menjadi pengalaman perdana buat Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu bukan hanya sepanggung dengan tiga senior mereka tetapi penganjuran dengan kerjasama Musica ini menyaksikan finalis The Voice Kids Indonesia (Shakira) dan pelantun Belum Siap Kehilangan (Steven) bertemu empat mata dengan peminat di tanah air,” ujar pengasas Shiraz Projects, Shirazdeen Karim.

Menurut Shiraz lagi, mereka sengaja memilih pemuzik dengan pelbagai latar belakang dan genre muzik berbeza sesuai penjenamaan Musica Fest yang disifatkan sebagai pesta bunyi-bunyian yang beragam. Bagi Nidji, ikut terlibat dalam Musica Fest bersama rakan seperjuangan seperti D’ Masiv dan Geisha serta dua ‘pemain baharu industri’ iaitu Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu sebagai sebuah kesempatan yang tidak boleh ditolak. 

“Lagi pula sudah lama benar Nidji tidak main sepanggung bersama Geisha dan D’Masiv. Kemudian punya dua lagi sahabat muzik yang mahu kita raikan kerana seperti menyambung terus legasi muzik Indonesia agar terus berkembang dan maju, Shakira dan Steven, maka Musica Fest adalah pesta yang wajib kalian datangi,” ujar Nidji. 

Untuk menikmati persembahan bertenaga dan luar biasa daripada Nidji, D’ Masiv, Geisha, Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu, jangan sampai terlepas mendapatkan tiket-tiket dengan beberapa kategori seperti disediakan pihak penganjur. 

Jangan sampai tidak menghafal juga ‘lagu kebangsaan’ Nidji seperti Hapus Aku atau Sumpah dan Cinta Matiku, Haunting dan Cinta Tlah Terlambat dari Steven Pasaribu, Stalking dan Benar Salah (Shakira Jasmine), dari D’ Masiv seperti Cinta Ini Membunuhku serta lagu ‘berhantu Geisha iaitu Lumpuhkan Ingatanku. 


Tiket dengan harga dan kategori RM398 (Diamond), RM198 (Platinum), RM158 (Gold), RM188 (Rockzone - Free Standing) akan mula dijual pada 23 April 2025 bermula pukul 10 pagi. Okay semua jangan sampai terlepas, Musica Fest menanti anda semua di Axiata Arena Kuala Lumpur pada 16 November 2025.

Dapatkan tiket anda di https://myticket.asia/

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

ASTRO DAN SUN NXT BEKERJASAMA BAWAKAN HIBURAN INDIA TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR