THE GRACE OF EAST: PENGHORMATAN ARTISTIK BUAT SENI WARISAN DAN TRADISI DI RUANGAN HARTA
Seiring dengan musim perayaan Hari Raya, The Grace of East mempamerkan penghargaan yang mendalam terhadap warisan dan perpaduan – dua nilai utama pada Hari Raya. Ketika keluarga berkumpul dan tradisi dihargai, pameran ini menjemput pengunjung untuk menghayati keindahan serta kesinambungan budaya Pantai Timur yang dizahirkan melalui sapuan berus yang halus dan matlamat kesenian yang berani.
Memenuhi ruang pameran ini adalah karya-karya ikonik daripada tokoh seni tanah air seperti Khalil Ibrahim, Dato’ Mohd Hoessein Enas, Ismail Mat Hussin, Rahmat Ramli, dan Mohamed Zain Idris – yang setiap satunya menceritakan budaya Pantai Timur melalui pendekatan artistik yang unik dan tersendiri. Daripada penggambaran figuratif yang penuh ekspresi hingga tafsiran abstrak kehidupan di desa, karya-karya ini merangkumi intipati pergerakan, kebebasan, serta jati diri budaya yang mendalam dan bermakna.
Pameran ini diolah dengan teliti bagi menyempurnakan semangat kempen Hari Raya HABIB, Rantaian Kasih 2025, yang mengabadikan keindahan seni wau sebagai lambang ikatan kasih yang merentas generasi. Lebih daripada sekadar pameran seni, ia merupakan sambutan rangkaian hubungan – antara generasi, warisan dan arus kemodenan, serta antara seniman dan tanah airnya.
Antara sorotan utama pameran termasuk:
- Wau – Karya Ismail Mat Hussin, yang mencerminkan wau ikonik Pantai Timur dengan rekaan terperinci dan penuh penghormatan, melambangkan kebebasan dan keanggunan.
- Paddy Farmers – Lukisan gouache di atas kertas yang menggambarkan wanita menuai padi dalam gerakan yang harmoni dan lembut, sebagai penghormatan kepada kehidupan desa dan ritmanya.
- Untitled – Pengamatan anggun mengenai sisi feminin dan ketelitian oleh Dato’ Mohd Hoessein Enas, yang menangkap kekuatan dan kejelitaan wanita tradisional.
- East Coast Girl – Potret tenang yang menyerlahkan keindahan semula jadi dan ketenangan dalaman seorang gadis, mencerminkan maruah dan kesederhanaan kehidupan kampung.
“Diinspirasikan oleh semangat Rantaian Kasih, The Grace of East mengingatkan kita akan pentingnya keluarga dan asal-usul,” kata Mirsham Meer, Pengarah HARTA. “Raya ini, dalam kita mengetengahkan kasih sayang, kebaikan, dan tradisi, kami menjemput semua untuk meneroka semula keindahan abadi Pantai Timur dari sudut pandangan seniman legenda kita.”
The Grace of East akan berlangsung dari 12 hingga 27 April 2025 di Ruangan HARTA. Kemasukan adalah percuma dan dibuka kepada orang awam pada hari Selasa hingga Ahad, dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Untuk maklumat lanjut, layari
Comments
Post a Comment