LEGOLAND® BAWAKAN TARIKAN BAHARU - THE LEGO® FLOWER GARDEN MINILAND!
Langkahkan kaki anda ke dalam taman bunga yang penuh warna di LEGOLAND® Malaysia Resort, yang kini memperkenalkan tarikan terbaharunya, The LEGO® Flower Garden MINILAND! Dengan keluasan lebih 4,100 kaki persegi, ini merupakan tarikan pertama seumpamanya di dunia – bersedia untuk memukau pengunjung dari semua peringkat usia bermula 28 April 2025!
Dibina dengan teliti menggunakan lebih daripada 792,000 ketulan LEGO, LEGO Flower Garden menghidupkan gabungan yang mengagumkan. Pameran yang penuh warna dan menawan ini menampilkan 58 jenis bunga LEGO daripada koleksi LEGO Botanicals, termasuk Wildflower Bouquets, Sunflowers, Orchids, Bonsai Trees, Cherry Blossoms, dan banyak lagi.
Sebagai tambahan, model LEGO bersaiz besar yang diubah suai menyerupai bunga Rafflesia menjadi tumpuan utama, memberikan penghormatan kepada bunga ikonik Asia Tenggara.
Pengunjung yang memasuki taman ini akan mendapati diri mereka dalam dunia ajaib di mana keajaiban LEGO bergabung dengan kehijauan semula jadi:
- Gabungan Harmoni: Tumbuhan sebenar, kehijauan buatan dan ciptaan LEGO bersatu untuk mencipta lanskap dinamik, menyegarkan dan imersif.
- Hidupan Liar LEGO: Menambahkan lagi suasana hidup dan indah, haiwan LEGO unik dapat ditemui di seluruh kawasan – rama-rama cantik yang hinggap di atas bunga-bungaan dan burung berwarna-warni bertenggek di dahan dan di dalam sarang.
- Keajaiban Kolam: Ciri air LEGO yang memukau mengelilingi taman, menjadi habitat kepada katak LEGO yang ceria dan ikan LEGO yang menawan di kelilingi tumbuhan air LEGO.
Keindahan bunga ini tersebar di setiap sudut LEGO Flower Garden MINILAND:
- Pose Menarik: Bergaya di Feature Wall yang berwarna-warni atau di bawah Dome yang ajaib – sebagai latar foto insta yang indah.
- Jelajah dan Terokai: Berjalan sambil menikmati keindahan pameran bunga, temui fakta menarik tentang bunga dan cari butiran LEGO yang tersembunyi di seluruh taman.
- Bina dengan Kreativiti: Dapatkan tip dan teknik terus daripada pakar di Master Model Builder Workshop, di mana pengunjung akan belajar cara menggunakan semula batu bata LEGO lama menjadi karya bunga baharu yang kreatif!
Sama ada menukar roda kereta LEGO lama menjadi kelopak mawar yang sedang mekar atau menjadikan potongan LEGO terbiar menjadi bonsai yang menawan atau sejambak yang ceria – kemungkinannya tidak terbatas. Dengan Hari Ibu yang bakal tiba, tiada masa yang lebih baik untuk mencipta bunga LEGO buatan tangan – hadiah yang unik dan penuh kasih sayang.
Cs Lim, Naib Presiden LEGOLAND® Malaysia Resort. |
“Kami sangat gembira dapat memperkenalkan tarikan hebat ini ke MINILAND kami, menandakan satu lagi kejayaan dalam usaha kami untuk menjadikan LEGOLAND® Malaysia sebagai destinasi mesra keluarga yang terbaik di rantau ini. LEGO Flower Garden adalah karya seni yang menonjolkan kreativiti tanpa batas dari ketulan LEGO sambil mencipta pengalaman pendidikan, imersif, dan menarik. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan keluarga, pembina aspirasi, pencinta alam, dan pengunjung untuk belajar, bermain, dan terinspirasi oleh keajaiban LEGO dan alam semula jadi,” kata Cs Lim, Naib Presiden LEGOLAND® Malaysia Resort.
Bagi pemegang Annual Pass, LEGO Flower Garden MINILAND akan dibuka untuk pratonton eksklusif sebelum pelancaran rasmi. Dapatkan gambaran awal tentang keindahan taman botani ini, nikmati lawatan dengan penerangan di belakang tabir, sertai bengkel khas membina tumbuhan LEGO, peluang berfoto yang menarik dan banyak lagi, sebelum ia dibuka kepada orang awam.
Untuk maklumat lanjut, layari laman utama LEGOLAND® Malaysia https://www.legoland.com.my/ atau kunjungi Facebook dan Instagram untuk butiran dan tiket.
Comments
Post a Comment