BOH CAMERONIAN ARTS AWARDS 2025: MEMPERINGATI PERINTIS, MERAIKAN BAKAT BAHARU


Meraikan dua dekad kecemerlangan kreatif, 20th BOH Cameronian Arts Awards (20BCAA) kembali lagi pada 4 Mei 2025 di Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC). Sebagai anugerah seni persembahan utama Malaysia, acara bersejarah ini menghargai sumbangan luar biasa dalam teater, tarian, muzik, dan teater muzikal. Ia adalah malam penuh kegemilangan, keanggunan, dan kecemerlangan seni, menampilkan yang terbaik dalam seni persembahan Malaysia!

Tahun ini, BOH Cameronian Arts Awards meraikan satu pencapaian penting – 20 Years of Legacy: Igniting Inspiration for Tomorrow (20 Tahun Legasi: Menyemarakkan Inspirasi untuk Masa Depan). Tatkala kita memberi penghormatan kepada para perintis yang membina asas komuniti seni Malaysia yang dinamik, kita juga mara ke masa depan dengan harapan, kebanggaan, dan keterujaan untuk seniman dari generasi baharu. 


Dalam semangat perayaan ini, 20BCCA memberi penghargaan kepada calon-calon luar biasa bagi tahun 2024 – setiap satunya menjadi inspirasi akan semangat, ketahanan, dan kehebatan seni persembahan Malaysia. Produksi teater seperti The Bee dan Randai “MacBeth” mendominasi kategori Teater, dengan Randai “MacBeth” muncul sebagai produksi unggul dengan kemenangan dalam tujuh kategori.

Dalam kategori Tarian, kemenangan diraih oleh Geetha Shankaran-Lam dalam kategori Best Featured / Lead Performer menerusi Samskara – Past Reflections, Present Expressions oleh GSD Performing Studio – satu pencapaian luar biasa pada usia 56 tahun. Kemenangannya bukan sahaja melambangkan kecemerlangan seni dan disiplin fizikal yang luar biasa tetapi juga warisan yang ditinggalkannya.


Dalam kategori Muzik, Dr. Bernard Tan menerima anugerah Best Musical Direction, manakala Dr. Poom Prommachart meraih anugerah Best Solo Performance – Instrumental. Kedua-duanya bukan sahaja pemuzik hebat tetapi juga ahli akademik yang disegani, terus memperkayakan landskap muzik Malaysia.

Dalam kategori Teater Muzikal, Teater Muzikal Sakti Merong Mahawangsa menjadi pilihan utama, membawa pulang empat anugerah hasil penceritaan kreatif dan menawan.

Sebagai salah satu kemuncak malam itu, tiga anugerah berprestij Best Of 2024 telah diberikan kepada:
  • Randai “MacBeth” oleh Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA), ASWARA
  • Spice, Magic and Mystique oleh The Young KL Singers, dibawakan oleh TAS Seni Teater Rakyat dan klpac
  • Teater Persiapan Seorang Aktor oleh Studio Sedar Ruang
Produksi ini mencerminkan kualiti, kreativiti, dan dedikasi luar biasa yang mendorong seni persembahan Malaysia hari ini.

BOH Cameronian Lifetime Achievement Award telah dianugerahkan kepada Professor Dr. Tan Sooi Beng dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sebagai tokoh penting dalam bidang etnomusikologi, dedikasi seumur hidup Professor Tan dalam bidang seni telah membentuk generasi penggiat dan akademik. Legasi beliau akan terus menginspirasi, mendidik, dan memperkasakan.


Bersempena ulang tahun 20BCAA, Caroline Russell, Pengerusi Eksekutif BOH Plantations, berkata:
"Adalah satu keistimewaan bagi BOH untuk melangkah bersama komuniti seni persembahan Malaysia yang sentiasa berkembang sepanjang dua dekad ini dan menyaksikan momen-momen Ummph penuh seni, semangat, dan inovasi. Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada komuniti seni persembahan atas pencapaian anda."

"Ketika kita meraikan pencapaian luar biasa ini, marilah kita angkat secawan BOH Cameronian Gold Blend sebagai penghormatan kepada legasi ini dan untuk menatap masa depan yang inspiratif, di mana penggiat seni terus berkarya dengan penuh kebanggaan serta mengekspresikan seni dengan ketekunan."


Low Ngai Yuen, Presiden Kakiseni, turut memberi komentar:
"BOH Cameronian Arts Awards adalah platform untuk meningkatkan, meneroka, dan menghubungkan. Setiap nama yang diumumkan bukan sekadar penghormatan kepada kecemerlangan, tetapi juga kepada apa yang menjadi identiti seni Malaysia hari ini serta kemungkinan besar yang boleh terbentuk pada masa depan."

Majlis anugerah di tahun ini melambangkan sebuah legasi yang mengiktiraf perintis yang telah meletakkan asas kepada seni Malaysia, dengan semangat dan keberanian mereka terus berdenyut dalam karya seni hari ini. Lebih daripada sekadar mengenang masa lalu, warisan ini dibawa ke hadapan untuk dibangunkan dan dijadikan inspirasi kepada generasi masa depan yang lebih dinamik, inklusif, dan luar biasa.


Senarai nama calon dan pemenang:

Comments

Popular posts from this blog

MALAM GEMILANG GENKRU: DARI 'FANATIK' HINGGA 'AWAS', KRU BUKTIKAN KEUNGGULAN!

TARIKAN BAHARU GAMUDA COVE: PENGALAMAN UNIK UNTUK PENCINTA ALAM & KELUARGA