BYEON WOO SEOK DI KYOCHON: HADIAH EKSKLUSIF & MENU BAHARU YANG MEMIKAT SELERA!
Daripada barangan eksklusif Byeon Woo Seok hinggalah Puff pedas terbaharu dan siri Melona Mocktails yang menyegarkan, ditambah pula dengan pelbagai promosi menarik – inilah pengalaman KyoChon yang baharu sedang menanti anda!
![]() |
Ayam Goreng Real Fried + YangNeom |
Seperti yang dijanjikan, KyoChon membawakan sentuhan magis K-Drama dalam setiap hidangan! KyoChon Chicken kini menampilkan pesona jejaka pujaan ramai – Byeon Woo Seok. Bermula 15 Mei 2025, dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit, anda akan menerima rantai kunci Byeon Woo Seok edisi terhad! Promosi ini hanya sah untuk makan di restoran atau pembelian bawa pulang di cawangan KyoChon Chicken terpilih sahaja.
Rantai kunci Byeon Woo Seok edisi terhad |
Apabila keenakan rasa tempatan bertemu dengan cita rasa Korea yang unik, magiknya terasa! Perkenalkan Shinhwa Puff – menu terbaharu KyoChon Chicken yang menggabungkan pastri tradisional dengan rasa Korea yang penuh kejutan.
![]() |
Shinhwa Puff |
Rangup di luar, dengan inti ayam, kentang dan keju di dalam – satu gigitan yang pasti tidak akan anda lupakan. Bermula dari RM4.90 sahaja, Shinhwa Puff ini sesuai dijadikan snek pada bila-bila masa. Ia kini tersedia di semua cawangan KyoChon Chicken di seluruh negara (kecuali Miri).
![]() |
Melona Mocktails |
Bekerjasama dengan Binggrae, jenama aiskrim No.1 Korea, KyoChon Chicken kini mempersembahkan Melona Mocktails yang segar dan eksklusif, hanya RM16.90 setiap satu. Minuman ini direka khas untuk melengkapi pengalaman menikmati ayam goreng Korea anda dengan rasa yang premium.
Tidak kira sama ada anda menggemari rasa buah-buahan, berkarbonat, atau sentuhan bunga, pasti ada mocktail yang sesuai dengan cita rasa anda – daripada Watermelon Strawberry Cooler hingga Fizzy Mango Rose dan Apple Cooler. Tambahan lagi, jika anda membeli dua Melona Mocktails dalam satu resit, anda akan mendapat beg tote edisi khas yang comel – koleksi manis daripada kolaborasi ini. Tawaran ini hanya untuk makan di restoran di cawangan-cawangan terpilih KyoChon Chicken.
Setiap hari Rabu dalam bulan Mei 2025, ajaklah rakan sepejabat anda ke KyoChon! Dengan perbelanjaan minimum RM60, rakan sepejabat anda akan mendapat 8 ketul Wingettes dan Drumettes secara PERCUMA (Soy Garlic / Honey Garlic / Red / Shinhwa / Mix). Promosi ini sah untuk makan di restoran sahaja dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.
Untuk maklumat lanjut, layari https://kyochon.com.my/byeon-woo-seok/ atau ikuti media sosial KyoChon untuk perkembangan terkini. Tertakluk kepada terma & syarat.
Facebook: https://www.facebook.com/mykyochon
Instagram: https://www.instagram.com/mykyochon/
Comments
Post a Comment