8 DRAMA BERSIRI PENDEK YANG HARUS DITONTON DI APLIKASI DO DRAMA


Do Drama, aplikasi drama pertama Malaysia yang dibangunkan oleh Drama Byte Sdn Bhd, kini menawarkan rakyat Malaysia cara baharu dan fleksibel untuk menonton drama bersiri pendek dalam format video menegak melalui peranti mudah alih mereka, sesuai dengan gaya hidup serba pantas masa kini dan memenuhi pelbagai citarasa penonton dengan kandungan berbahasa Melayu dan Cina yang menghiburkan.

Pada pelancaran, Do Drama memperkenalkan lapan drama bersiri pendek original, yang dihasilkan dengan kerjasama pembikin filem dan bakat kreatif tanah air. Salah satu drama yang bakal ditayangkan ialah “Paku Hatiku”, karya arahan Aidilfitri Mohamad Yunos, yang terkenal dengan gaya penceritaan tersendiri dan kesan emosi yang dihasilkan. Dua lagi siri iaitu “Rumah Pusaka” dan “Magika! Bulan Mengembang” dihasilkan oleh Pekin Ibrahim sebagai penerbit, dengan “Magika! Bulan Mengembang” turut menampilkan Mona Allen sebagai salah seorang pelakon utama. Dengan pelbagai cerita yang merangkumi kisah romantik, drama keluarga, aksi mendebarkan dan ranjau kehidupan, setiap siri diperhalusi untuk memaparkan kepelbagaian dan mencerminkan kisah kehidupan di Malaysia. 

Jom kita ketahui sinopsis 8 drama menarik yang menanti anda di aplikasi Do Drama.



1. Rumah Pusaka | The Heirloom

"Wasiat ini tak adil!"

Selepas pemergian ayah mereka, tiga beradik dipanggil pulang ke rumah pusaka di kampung. Sebaik sahaja peguam membuka wasiat, suasana bilik serta-merta membeku. Namun, siapa sangka, pertarungan warisan ini baru sahaja bermula…



2. Jutawan Seribu Ringgit | The RM1000 Millionaire 

"Adakah kau pernah benar-benar mencintaiku?"

Seorang penghantar makanan bekerja keras demi kebahagiaan teman wanitanya, namun dia terkejut apabila mendapati gadis itu menyimpan rahsia daripadanya! Ketika hidupnya hampir musnah, takdir membuka peluang keemasan untuknya bangkit semula. Tetapi adakah ini benar-benar tuah, atau sesuatu yang lain?



3. Dilarang Bercinta di Pejabat | No Romance in Workplace

“Siapa sebenarnya awak?”

Selepas ayahnya muflis dan membunuh diri, dia menyusup masuk ke sebuah syarikat besar untuk membalas dendam! Namun, tak disangka dia menjadi perhatian empat wanita dengan keperibadian berbeza!

Semakin dia menghampiri kebenaran, semakin besar bahaya yang menanti… Bila kebenaran akhirnya terbongkar, mampukah dia pergi tanpa sebarang luka?



4. Takdir Kedua | The Destiny Loop 

"Kenapa aku kembali ke semalam?!"

Peguam Arif diserang dalam perjalanan pulang. Ketika pandangannya menjadi gelap, dia menyangka segalanya telah berakhir. Namun, apabila dia tersedar, dia mendapati dirinya kembali ke hari sebelum kejadian! Terperangkap dalam kitaran masa, kematiannya berulang tanpa henti. Untuk terus hidup, dia mesti mencari dalang di sebalik semua ini. Kali ini, mampukah dia melarikan diri?



5. Magika! Bulan Mengambang | Magika! The Lunar Secret

"Mak, aku Opai!"

Seorang budak membuka kotak misteri yang digali ayahnya di belakang rumah. Sebaik sahaja penutup diangkat, cahaya berkilat seperti arus elektrik terpancar keluar! Terkejut, dia segera menutupnya kembali. Dia sangka tiada apa yang berlaku… sehinggalah keesokan harinya, sesuatu yang pelik mula terjadi...



6. Suara Hati | What‘s the Heart Says 

"Aku boleh dengar isi hati orang?!"

Seorang gadis kampung datang ke bandar dan secara tak sengaja mendapati dirinya boleh mendengar isi hati orang lain! Kuasa misteri ini nampaknya berkaitan dengan rantai yang diberikan oleh neneknya. Tapi anehnya, hanya satu lelaki yang hatinya langsung tak dapat dia baca… Neneknya pernah berpesan: "Jangan mudah percaya pada sesiapa."



7. Pahlawan Cosplay | The Warrior Coser

"Ini di mana... bukankah saya baru sahaja berada di medan perang membunuh musuh?"

Sebuah pertempuran membawa seorang pahlawan kuno melintasi lubang masa ke Segi Tiga Emas di Kuala Lumpur! Dengan pakaian zirah, dia penuh dengan keraguan terhadap segala yang ada di sekelilingnya, namun tidak disangka dia disanjung sebagai idola oleh seorang penggemar cosplay.

Dapatkah dia menyesuaikan diri dengan dunia asing ini? Apakah rahsia lebih mendalam yang tersembunyi di sebalik kisah pengembaraan masa ini?



8. Anak Kandung Panggil Aku Mak Tiri | I Married My Daughter’s Father! 

"Bagi kau, aku hanyalah wanita yang kau beli."

Selepas kejatuhan keluarganya, dia ditinggalkan tanpa belas kasihan oleh tunangnya. Demi menyelamatkan ibunya yang sakit tenat, dia terpaksa menjual dirinya untuk meneruskan hidup, tetapi takdir membawanya ke pelukan lelaki yang paling tak disangka. Dalam percaturan cinta dan dendam ini, benarkah tiada jalan untuk berpatah balik?

Do Drama boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store yang mana aplikasi ini memperkenalkan format kandungan serba baharu yang disediakan khas untuk skrin mudah alih.

Untuk maklumat lanjut, layari https://dodrama.com, atau ikuti sosial media:


Comments

Popular posts from this blog

MEMAHAMI MAKANAN ULTRA-PROSES: ANTARA KEPERLUAN DAN RISIKO KESIHATAN

TARIKAN BAHARU GAMUDA COVE: PENGALAMAN UNIK UNTUK PENCINTA ALAM & KELUARGA

PENCEGAHAN DEMENSIA: PERANAN GAYA HIDUP, PEMAKANAN, DAN INTERVENSI BERASASKAN KOMUNITI

LAKONAN PUTERI BALQIS DAN AMIR AHNAF PENUH EMOSI DALAM KELUARGA ITU: TULAR DAN MENYENTUH HATI PENONTON