DRAMA BERSIRI TONTON ”BRU” TAMPILKAN SITI HARIESA, SHUKRI YAHAYA & AMERUL AFFENDI
Tiga bintang ternama tanah air, Shukri Yahaya, Amerul Affendi dan Siti Hariesa telah merasmikan pelancaran eksklusif BRU Coffee Shop, sebuah kedai kopi yang penuh dengan konsep kreatif. Majlis pelancaran yang diadakan pada 5 Mei 2025 (Isnin) di APW, Bangsar ini akan turut menyaksikan sesi ramah mesra bersama peminat, memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dan berinteraksi dengan para selebriti kesayangan.
Pelancaran kedai kopi ini sebenarnya bersempena dengan tayangan drama terbaharu Tonton Original: Bru yang telah pun mula bersiaran di Tonton bermula pada 1 Mei 2025, setiap Isnin dan Khamis. Bru merupakan drama siri pertama arahan Nik Amir Mustapha. Dengan karya-karya berimpak seperti Kil, Terbaik Dari Langit, Rise Ini Kalilah, Seindah Kasih dan Imaginur, Nik Amir dikenali dengan sentuhan sinematografi yang unik dan estetik. Penglibatan beliau dalam projek istimewa ini menambahkan lagi keistimewaan keseluruhan projek Bru.
Dibarisi pelakon-pelakon hebat, Bru menampilkan Shukri Yahaya sebagai Shah, seorang yang begitu obses dengan kopi dan kejayaan. Siti Hariesa pula membawa watak Hani, seorang barista yang bukan sahaja berbakat tetapi juga anak kepada seorang Tan Sri yang mahukan kebebasan dalam mencipta perasa kopi. Amerul Affendi pula memainkan watak Ajan, sahabat setia yang menganggap Shah seperti adik sendiri.
Menariknya, setiap pelakon memperlihatkan sisi berbeza daripada imej yang biasa dilihat. Shukri Yahaya yang sedang popular menerusi watak Fadlan, seorang gangster dalam Blood Brothers, tampil lebih santai dan mempamerkan kemahiran beliau dalam penyediaan kopi, sesuatu yang juga merupakan minat peribadinya di luar dunia lakonan.
Siti Hariesa pula membawa transformasi besar dalam karakter lakonannya, apabila beliau tampil lebih lasak dan garang dalam Bru, jauh berbeza daripada imej manis yang sinonim dengan dirinya sebelum ini. Sementara itu, Amerul Affendi, yang sebelum ini terkenal dengan watak komedi Kuping dalam 6 Jilake, kali ini membawakan watak lebih sensitif, menunjukkan versatiliti beliau sebagai pelakon berbakat besar yang pernah merangkul Pelakon Pembantu Terbaik AIFFA.
Kepada semua penonton di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk melihat Siti Hariesa, Shukri Yahaya, dan Amerul Affendi meraih kejayaan baharu dalam kerjaya mereka, kali ini dalam dunia perniagaan kopi! Saksikan drama bersiri Tonton Original: Bru, yang telah pun mula bersiaran di Tonton sejak 1 Mei 2025, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif hanya di Tonton! Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.
Untuk info lanjut tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Tonton di Facebook, Instagram dan Twitter di @TontonMY.
Comments
Post a Comment