KUGIRAN MASDO RAIKAN 10 TAHUN DALAM INDUSTRI MUZIK DENGAN “PERJUMPAAN AHLI MESYUARAT TINGKAP” & PENGUMUMAN KONSERT BESAR-BESARAN!


Kugiran retro moden kesayangan ramai, MASDO, meraikan satu dekad perjalanan seni mereka dalam industri muzik dengan cara yang cukup unik dan mengejutkan! Bertempat di Saloma, Kuala Lumpur, majlis bertajuk “Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap” berlangsung dengan meriah pada 30 April 2025 jam 9 malam, menghimpunkan lebih 200 peminat setia serta rakan-rakan media.

Petunjuk Misteri Di Instagram

Beberapa hari sebelum acara berlangsung, para peminat mula membuat spekulasi selepas ahli kumpulan, Ali Sariah, Asmawi, dan Putu Ceri, memuat naik hantaran berbentuk kriptik di Instagram mereka, seakan memberi bayangan akan berlakunya satu pengumuman besar. Teka-teki ini akhirnya terjawab pada malam perjumpaan rahsia tersebut.

Mini Showcase Penuh Nostalgia

Sebagai penghargaan buat para peminat, MASDO menghadiahkan persembahan eksklusif secara langsung menerusi Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap yang mengimbau kenangan lagu-lagu hits mereka. Antara lagu yang dipersembahkan termasuk “Dinda”, “Lautan Asmara”, “Janji Manis”, “Bunga” dan “Berchanda di Malam Indah”, yang menghangatkan suasana dan membuat para hadirin bernyanyi bersama.


Pengumuman Konsert ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’

Detik kemuncak malam yang dinanti-nantikan tiba apabila MASDO merungkai poster rasmi konsert ulang tahun ke-10 mereka dengan penuh simbolik, menarik turun kain yang menutupi bangunan MATIC diiringi dengan letupan bunga api. Acara yang dinantikan, ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’ dianjurkan oleh Hitman Solutions itu bakal berlangsung pada 30 Ogos 2025 di Idea Live Arena KL @ 3 Damansara.

Konsert ini bakal berlangsung di lokasi konsert terbaru di Malaysia, Idea Live Arena KL @ 3 Damansara dan MASDO merupakan artis pertama yang mengumumkan konsertnya di lokasi tersebut. Dengan kapasiti yang boleh memuatkan 7,000 pax, MASDO boleh menyambut ulang tahun ke-10 mereka bersama para peminat dengan suasana yang lebih intim.

Peminat boleh pra-daftar mulai 30 April hingga 1 Mei untuk dapatkan harga Rockzone Early Bird - RM128. Sekiranya terlepas, peminat masih boleh membeli tiket semasa Public Sale dengan harga Rockzone (Free Standing) - RM148 dan Cat 1 (Free Seating) - RM198.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket yang akan diumumkan tidak lama lagi, sila ikuti akaun rasmi MASDO (@kugiranmasdo) dan Hitman Solutions (@hitmansolutions) di media sosial, atau hubungi kami di +6012-265 5783 atau concerts@hitman.group.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

KRU & ICON ENTERTAINMENT LAKAR SEJARAH TERIMA 2 PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBR)

KEMPEN "SKIN PROTECTION, LIFE PERFECTION" KAO MALAYSIA MEMPROMOSIKAN AMALAN KESIHATAN KULIT SEPANJANG HAYAT, BERMULA DARI ZAMAN REMAJA