SKYLINE LUGE RAI PENCAPAIAN 100 JUTA TUNGGANGAN DI SELURUH DUNIA


Bermula sebagai sebuah gerabak buatan sendiri di lereng bukit New Zealand, kini, Skyline Luge telah berkembang menjadi tarikan tunggangan graviti dengan kehadiran di lapan lokasi di seluruh dunia. Hari ini, Skyline Luge meraikan detik bersejarah apabila berjaya mencatatkan 100 juta tunggangan di seluruh dunia, bersamaan jarak mengelilingi bumi sebanyak 2,495 kali! Dicipta pada tahun 1985 oleh Skyline Enterprises, peneraju global dalam bidang riadah dan hiburan, Skyline Luge telah memikat hati serta menyatukan penggemar aktiviti lasak dari pelbagai usia dan latar belakang.

Kejayaan global ini tercetus daripada inovasi berani Skyline Enterprises. Pengasasnya, Hylton Hensman, mendapat inspirasi daripada gerabak keluli tahan karat semasa berkunjung ke Kanada. Berilhamkan ‘Billy Cart’ dari kenangan zaman kanak-kanaknya serta kreativiti masyarakat Kiwi, beliau mencipta struktur tiga roda yang memberikan kawalan penuh kepada penunggang sewaktu menuruni bukit. Apa yang bermula di lereng Rotorua sejak itu telah berkembang menjadi tarikan seisi keluarga yang berpatutan, mesra-keluarga dan menawarkan keseronokan yang tiada bandingan.

Sebagai simbol sambutan, sebuah “Golden Luge Cart” yang berkilauan dan mesra-foto telah dipasang bagi meraikan pencapaian tunggangan ke-100 juta. Ia mencerminkan keseronokan dan semangat pengembaraan yang dibawa oleh Luge selama hampir empat dekad.

Malaysia Turut Serta dalam Sambutan

Sebagai tambahan terbaharu dalam keluarga Skyline Luge, Skyline Luge Kuala Lumpur pantas menempa nama di persada dunia sejak dibuka pada Disember 2023. Dalam tempoh hanya setahun lebih, taman ini telah mengalu-alukan lebih 2 juta penunggang. Pencapaian ini menyerlahkan kecintaan rakyat Malaysia terhadap aktiviti luar dan detik keseronokan yang dikongsi bersama.

“Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada pencapaian 100 juta tunggangan Skyline Luge di seluruh dunia,” kata Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur, Gavin Barnes. “Pencapaian 2 juta tunggangan kami di peringkat tempatan dalam tempoh singkat ini juga menjadikan sambutan ini lebih bermakna. Melalui kempen tempatan, kami membawakan keterujaan global ini ke tanah air, sebagai tanda penghargaan atas sokongan rakyat Malaysia dalam menjayakan pencapaian ini.”

Bagi memeriahkan sambutan ini, Skyline Luge Kuala Lumpur dan Singapura menawarkan peluang kepada pengunjung untuk memenangi percutian keluarga 7 hari 6 malam ke Skyline Luge Busan, Korea Selatan. Hadiah bernilai sehingga RM28,000 ini merangkumi tiket penerbangan pergi balik, penginapan, pas tunggangan Skyline Luge Busan, dan barangan eksklusif. Percutian istimewa ini direka khas untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak (di bawah 18 tahun), dan menjanjikan pengalaman hebat yang berlatarkan pantai yang indah di Busan.

Untuk menyertai peraduan ini, warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas hanya perlu memuat naik gambar atau video mereka ketika berada di Skyline Luge Kuala Lumpur ke Instagram atau Facebook, sertakan tanda pagar #100MillionLugeSEA dan #100MillionLuge, dan tag @skylinelugekualalumpur. Penyertaan perlu dihantar sebelum 31 Julai 2025 dan akan dinilai berdasarkan kreativiti. Untuk maklumat penuh peraduan, sila ikuti laman media sosial Skyline Luge Kuala Lumpur di Facebook dan Instagram.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai “Instant Win" yang berlangsung setiap hari sehingga 31 Julai 2025. Dengan setiap pembelian 4 atau 5 Luge Ride Combo, mereka berpeluang memenangi hadiah daripada lebih 100 hadiah harian yang ditawarkan, termasuk baucar tunggangan Luge, barangan eksklusif, dan snek manis, selagi stok masih ada. Selain itu, “Golden Luge Cart” juga akan dipamerkan di Skyline Luge Kuala Lumpur, untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk merakam detik bersejarah ini.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Skyline Luge Kuala Lumpur kini bekerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia, sebuah organisasi kebajikan yang memenuhi impian kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal, bagi membawa kegembiraan kepada mereka dan keluarga mereka. Sehubungan dengan itu, satu hari istimewa akan dianjurkan buat kanak-kanak Make-A-Wish, ahli keluarga mereka, para alumni, serta sukarelawan, dengan tawaran tunggangan percuma dan pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Jom sertai kami di Skyline Luge Kuala Lumpur untuk menjadi sebahagian daripada Kempen 100 Juta Tunggangan yang akan bermula pada 1 Jun 2025! Untuk maklumat lanjut, layari laman web khas kempen ini di sini.

Apakah Seterusnya untuk Skyline?

Sambil meraikan pencapaian 100 juta tunggangan, Skyline Luge terus berevolusi dengan rekaan trek baharu, penambahbaikan ciri keselamatan, serta idea penuh adrenalin seperti HyFly – zipline pertama seumpamanya di Malaysia yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Kuala Lumpur. Selaras dengan peningkatan permintaan dan perancangan membuka taman-taman baharu termasuk lokasi seterusnya di Wales, Skyline menyasarkan untuk mencapai 100 juta tunggangan lagi dalam tempoh hanya 8 tahun!

Untuk mengikuti perkembangan terkini, promosi menarik dan berita lain dari Skyline Luge, layari laman web rasmi kami atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.

 

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

NIKMATI SAJIAN BAKERI SEGAR: TOUS LES JOURS KINI DI SUNWAY PYRAMID DAN SUNWAY VELOCITY

GOLDENHOME LANCAR RUANG PAMERAN SELUAS 10,000 KAKI PERSEGI