DETECTIVE KIEN: THE HEADLESS HORROR – FILEM SERAM VIETNAM PALING LARIS KINI TIBA DI MALAYSIA


Vietnam bukan lagi hanya dikenali dengan filem cinta dan drama seni. Tahun ini, sebuah filem seram thriller dari negara tersebut telah mencetuskan fenomena luar biasa — Detective Kien: The Headless Horror, yang kini bersedia untuk menawan layar perak Malaysia.

Diarahkan oleh pengarah prolifik Victor Vu, filem ini telah mencatat kutipan lebih USD9.5 juta, menjadikannya filem seram paling laris dalam sejarah perfileman Vietnam. Ia juga telah ditayangkan di lebih 200 pawagam antarabangsa, termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, UK, Jerman dan Jepun.


Misteri Tanpa Kepala di Era Dinasti Nguyen

Berlatarbelakangkan abad ke-19 semasa Dinasti Nguyen, Detective Kien: The Headless Horror mengisahkan seorang detektif bernama Kien yang dihantar ke sebuah kampung terpencil untuk menyiasat siri pembunuhan misteri tanpa kepala. Siasatan membawa kepada pendedahan rahsia istana dan sumpahan menakutkan yang menghantui kawasan tersebut.

Gabungan elemen kostum klasik, misteri penyiasatan, unsur seram dan konflik istana menjadikan filem ini sebuah karya yang kompleks dan memukau. Visual yang teliti dan sinematografi yang memikat turut menyumbang kepada kejayaan luar biasa filem ini.


Victor Vu, yang pernah mewakili Vietnam ke Anugerah Oscar menerusi Dreamy Eyes, membuktikan kemampuannya dalam genre seram dengan filem ini. Untuk memastikan keaslian suasana dan pakaian di era Dinasti Nguyen, produksi filem ini melibatkan lebih 1,000 kostum tradisional buatan tangan, dengan setiap pelakon mengenakan 3 hingga 5 lapisan pakaian semasa penggambaran.

Kesan khas untuk watak-watak seram pula mengambil masa sehingga 6 jam solekan, menggunakan bahan silikon khas bernilai sehingga RM98,000 setiap kali digunakan. Watak makhluk misteri dari tasik dilakonkan oleh Tran Ngoc Tu, ahli pasukan seni bela diri Ho Chi Minh City, yang memiliki ketinggian 2.2 meter dan berat hampir 120 kilogram — menjadikan penampilannya benar-benar menggerunkan di layar.


Filem ini dibintangi oleh Quoc Huy sebagai Detective Kien, bersama Dinh Ngoc Diep, Doan Minh Anh, Pham Quynh Anh, dan Tran Ngoc Tu. 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Detective Kien: The Headless Horror mulai 17 Julai 2025 di pawagam seluruh negara. 

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

INISIATIF MERDEKA EXPERIAN MALAYSIA, "LEADERS ON THE WALK" MEMUPUK KEPIMPINAN GENERASI BAHARU