FLAVRS: UBAT GIGI DENGAN 4 PERISA ISTIMEWA YANG MEMBUATKAN ANDA TERSENYUM LEBAR


Dalam dunia di mana penjagaan diri semakin diberi perhatian, namun memberus gigi masih terasa seperti satu tugasan, satu jenama tempatan baharu tampil dengan sesuatu yang berani untuk membuat rakyat Malaysia tersenyum lebar. Flavrs, sebuah jenama penjagaan mulut, buatan Malaysia dan disahkan Halal, sedang caba mengubah persepsi ubat gigi sebagai produk gaya hidup. Maka, terhasillah empat perisa kegemaran tempatan: Tropical Pandan, Coconut Breeze, Rosy Glow, dan Lavender Smile.

Dengan ramuan bersih, pembungkusan boleh kitar semula, dan rekaan yang menarik, Flavrs menjadikan penjagaan mulut sesuatu yang menggembirakan, bukan sekadar berfungsi. "Kita semua telah menggunakan beberapa jenama yang sama sejak sekolah dan tiada satu pun yang mencerminkan siapa kita," kata Stephy Sam, pengasas Flavrs. "Hidup ini sudah penuh dengan rutin. Ubat gigi anda tidak semestinya menjadi satu lagi perkara yang membosankan."

Rahsia Senyuman Flavrs

Proses formulasi jenama ini telah memakan masa lima tahun, dengan lebih daripada 100 prototaip perisa diuji setakat ini. Empat perisa pertama ini hanyalah permulaan, lebih banyak perisa baharu yang sudah dalam perancangan. Semua produk Flavrs dibangunkan dan dihasilkan oleh pasukan pakar penjagaan mulut dengan pengalaman lebih dari 30 tahun.

Coconut Breeze

Lavender Smile

Tropical Pandan

Rosy Glow

Ciri-ciri utama dalam setiap tiub ubat gigi Flavrs:
  • Dibuat dengan lebih dari 94% bahan semula jadi
  • Bebas fluorida, bebas SLS, bebas kekejaman haiwan (cruelty-free), dan disahkan Halal
  • Dikuasakan oleh Nano-Hydroxyapatite (alternatif fluorida selamat enamel yang digunakan di Jepun & Eropah)
  • Pembungkusan pam yang boleh dikitar semula
Dapatkan Kit Permulaan Flavrs Anda Hari Ini!

Flavrs Starter Kit (RM39.90) kini boleh didapati dengan diskaun 25% untuk pelancaran secara eksklusif di www.flavrs.com.my. Setiap kit termasuk keempat-empat perisa pelancaran, sangat sesuai untuk menukar mood memberus anda sepanjang hari.

Jadi, adakah anda bersedia untuk mengubah rutin memberus gigi anda menjadi pengalaman yang lebih menyeronokkan dan penuh perisa bersama Flavrs? Mari sama-sama kita sokong jenama tempatan yang inovatif ini!

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR