LEGOLAND® SPLASH CARNIVAL KEMBALI DENGAN LEBIH MERIAH, LEBIH BASAH
LEGOLAND® Malaysia Resort bakal membawakan kemeriahan LEGOLAND® Splash Carnival kembali untuk edisi ketiganya, dan tahun ini ia bakal menjadi edisi lebih besar, lebih meriah dan lebih basah setakat ini!
Bermula 3 Julai hingga 3 Ogos 2025, bersiap sedialah untuk pesta yang berlangsung selama lima minggu yang sarat dengan aktiviti aksi air, permainan interaktif dan hiburan muzik secara langsung – dengan tema “Music Fiesta”. Gabungan aura pantai tropika, permainan air, dan persembahan dari bintang-bintang muda Malaysia menjadikan festival ini destinasi ideal musim cuti keluarga.
Saksikan persembahan pentas bertenaga daripada artis tempatan termasuk Hazama, Kaka Azraff, Aisyah Retno, Aziz Harun, Mimi Fly, dan Nadeera di Wave Pool LEGOLAND® Water Park setiap Sabtu bermula 5 Julai.
Aktiviti Basah-Basahan untuk Semua
Dari pagi ke petang, taman air terbesar di Asia Tenggara ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti unik seperti:
- Melody Quest – memburu instrumen tersembunyi di seluruh taman
- Dunk Fest Fun – uji kecekapan membasahkan kawan di dunk tank
- Splash & Score – rebut bola apung dan kumpul mata
- Boat Race – bina bot LEGO® anda dan uji kelajuan di laluan air
- Water Limbo dan Fitness Fiesta dalam gaya Aqua Zumba
- Drumbeat Splash-tacular (31 Julai – 3 Ogos sahaja)
- DJ Surfer Splash Down serta Beats on the Beach bersama maskot terkenal
- Perarakan Karnival Hujung Minggu – penari, pemukul gendang dan akrobatik bertongkat!
Nikmati Pengalaman LEGOLAND® Sepenuhnya
Tiket boleh didapati secara eksklusif di laman rasmi LEGOLAND® Malaysia. Dengan Triple-Park Annual Pass, pengunjung boleh kembali sepanjang tahun untuk menikmati karnival, sambutan musim, dan tarikan terkini.
Tawaran istimewa turut diberikan:
- Diskaun hingga 30% untuk pembaharuan pas tahunan sedia ada
- 20% diskaun bagi pemegang pas yang tamat pada 2025 (sehingga 15 Julai 2025)
- Tiket 1-Hari Water Park juga ditawarkan untuk lawatan santai sekali masuk
Comments
Post a Comment