LEWIS CAPALDI KEMBALI DENGAN “SURVIVE” — LAGU BERANI & PENUH EMOSI TENTANG HARAPAN DAN KETABAHAN


Setelah dua tahun menyepi dari dunia hiburan, bintang global Lewis Capaldi akhirnya muncul kembali — kali ini dengan single baharu berjudul “Survive”, sebuah lagu penuh semangat yang mencerminkan perjuangannya menempuh masa-masa mencabar dalam hidup dan kerjayanya.

Buat peminat setia, kemunculan semula Capaldi sangat ditunggu-tunggu — lebih-lebih lagi selepas momen menyentuh hati di Glastonbury 2023. Ketika itu, Capaldi yang kelihatan emosional dibantu ribuan peminat yang sama-sama menyanyikan lagu hingga ke penamat persembahannya di pentas utama Pyramid Stage. Sebuah detik yang masih bergema hingga kini.

Lagu “Survive” bukan sekadar melodi catchy — ia adalah terjemahan jujur tentang perjuangan kesihatan mental, keraguan terhadap diri, dan keinginan untuk terus bangkit. Dengan lirik seperti “Most nights I fear that I’m not enough” dan bait yang membakar semangat dalam korus “I swear to God I’ll survive, if it kills me to”, Capaldi bawa pendengar menyelami dunia emosi yang mendalam.

Menambahkan lagi nilai sentimental dalam naskhah ini, “Survive” mempertemukan Capaldi dengan rakan gandingannya, Romans — nama yang bertanggungjawab menghasilkan lagu mega hit “Someone You Loved”. Kehadiran Romans mengukuhkan lagi kekuatan lagu ini sebagai karya yang bukan sahaja menyentuh jiwa, tapi juga mengukuhkan identiti artistik Capaldi.

Lebih istimewa, single ini hadir selepas beberapa persembahan eksklusif di Scotland yang dilangsungkan bersama organisasi kesihatan mental CALM sempena Minggu Kesedaran Kesihatan Mental. Tanpa tekanan dan jangkaan, siri persembahan tersebut memberi ruang buat Capaldi menilai kesediaan emosinya untuk kembali ke pentas — dan ternyata ia menjadi titik tolak kebangkitannya.

Dengan “Survive”, Lewis Capaldi bukan sahaja membuktikan dia masih relevan — tetapi juga bahawa muzik mampu menyembuhkan, menyatukan, dan memberi kekuatan kepada sesiapa saja yang pernah jatuh dan ingin bangkit semula.

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

PESTA BUDAYA BON ODORI KE-49 2025 BAKAL MEMERIAHKAN SUNWAY CITY KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI