SUPERSTAR: THE ORIGINAL – ADIDAS ORIGINALS LANCAR KEMPEN GLOBAL PENUH GAYA IKONIK
![]() |
Jennie |
Lebih daripada sekadar sneaker, adidas Superstar adalah simbol identiti dan revolusi budaya yang melangkaui masa dan generasi. Dilahirkan dalam dunia bola keranjang, digilap oleh pionir streetwear dan diraikan semula oleh generasi baharu — Superstar kembali menjadi tumpuan menerusi kempen global terbaru bertajuk “Superstar: The Original.”
Meneruskan momentum dari pelancaran kempen “The Original” awal tahun ini, adidas Originals menampilkan satu naratif penuh gaya dan makna, menyoroti pengaruh ikonik Superstar dalam membentuk landskap fesyen dan ekspresi diri.
Naratif yang Dihidupkan oleh Suara Legenda
Kempen ini diarahkan oleh jurufoto dan pembikin filem visionari Thibaut Grevet, yang terkenal dengan estetik sinematik dalam dunia fesyen dan muzik. Filem kempen direalisasikan dalam latar hitam-putih berkontras tinggi — membawa visual dramatik yang memancarkan karakter ikonik warna asal Superstar.
![]() |
Samuel L. Jackson |
Kempen ini menjadi lebih bermakna apabila Samuel L. Jackson, pelakon legenda Hollywood, tampil sebagai narator suara latar. Suara beliau menghidupkan naratif tentang keaslian dan warisan yang membentuk perubahan budaya dari generasi ke generasi.
Antara barisan wajah-wajah Original Icon yang menyertai kempen ini ialah pemenang pelbagai anugerah dan ikon muzik Missy Elliott, legenda papan selaju Mark Gonzales, bintang NBA Anthony Edwards, bintang hip hop Memphis GloRilla, penyanyi dan penulis lagu Teezo Touchdown, ikon muzik global JENNIE, dan model serta pelakon yang berani menentang norma, Gabbriette.
![]() |
Anthony Edwards |
![]() |
Gabbriette |
![]() |
GloRilla |
![]() |
Mark Gonzales |
![]() |
Missy Elliott |
![]() |
Teezo |
“Superstar sentiasa lebih daripada kasut sukan. Ia adalah lambang keaslian dan pencetus perubahan budaya,” kata Annie Barrett, Naib Presiden Pemasaran adidas Originals.
Dua Babak Visual, Satu Legasi Keabadian
Kempen ini dibahagikan kepada dua babak. Babak pertama berjudul “Pyramids”, membawa penonton menghayati perbandingan antara monumen agung manusia dan warisan abadi Superstar. Babak kedua, “Clocks”, menghimpunkan ketujuh-tujuh ikon global dalam satu visual heroik yang memperkukuh kedudukan Superstar sebagai simbol yang sentiasa relevan merentasi budaya.
Di dalam kempen ini, sneaker Superstar kini tampil semula dalam dua warna klasik serta Firebird Tracksuit yang ikonik. Dengan menaik taraf bahagian lidah dan kolar kasut, Superstar telah menjadi pilihan utama para artis, pemuzik dan skater sejak era 90-an. Firebird Tracksuit pula kekal sebagai item fesyen sejak tahun 1967 dan terus dipakai oleh pencetus gaya dan penggerak muzik sedunia.
“It just takes one. Before there can be a thousand. Superstars are the ones who build crowds, instead of joining them.”
Tonton video kempen di sini: Superstar: The Original
Maklumat lanjut di www.adidas.com.my
Ikuti di Instagram: @adidasMY
Comments
Post a Comment