QUAKER LANCAR KEMPEN JOM QUAKER FIT BAGI MENGGALAKKAN TABIAT PEMAKANAN LEBIH PINTAR DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA.


Quaker, jenama oat No. 1 dunia, telah melancarkan Kempen Jom Quaker Fit secara rasmi, evolusi terkini dalam gerakan kesihatan di seluruh negara. Kempen ini bertujuan menyokong rakyat Malaysia membina tabiat pemakanan lebih bijak ke arah pengurusan berat badan yang lebih baik dan meningkatkan tahap kesihatan. Berpegang kepada keyakinan bahawa sarapan yang berkhasiat boleh menentu rentak sepanjang hari, kempen ini meletakkan oat sebagai penyelesaian berasaskan sains yang mampu membantu mengawal tanda-tanda awal pertambahan berat badan, menyokong kesihatan jantung, dan meningkatkan fungsi penghadaman.

Diadakkan di Sunway Velocity Mall, pelancaran kempen tersebut mengetengahkan mesej “Makan Lebih Baik, Bukan Kurang” menerusi sesi perbincangan bersama pakar, demonstrasi masakan secara langsung, dan zon kesihatan interaktif yang memaparkan bagaimana perubahan kecil seperti menambah oat ke dalam hidangan harian mampu menyokong kesihatan jangka panjang.

Kajian terkini menunjukkan bahawa 54.4% rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes, dengan lebih 2 juta orang turut dikesan menghidap tiga penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung dan strok. Angka membimbangkan ini mencerminkan krisis kesihatan awam yang semakin meruncing, didorong oleh tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat seperti pengambilan serat yang rendah, pengambilan karbohidrat terproses yang tinggi serta garam berlebihan dalam pemakanan harian. Tabiat pemakanan sebegini sering dikaitkan secara langsung dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit termasuk hipertensi, diabetes, dan penyakit jantung, yang mana kebanyakannya boleh dicegah dengan mengamalkan pemakanan lebih baik dan mengubah gaya hidup dalam jangka panjang.

“Pemakanan sihat bukan hanya mengenai berat badan; ia merangkumi pembentukan tabiat yang menyokong kehidupan lebih baik termasuk pergerakan, kesihatan mental dan tahap tenaga. Sudah tiba masanya kita menilai makanan hanya dari jumlah kalorinya, dan mula memberi tumpuuan kepada khasiat, keseimbangan, dan tabiat pemakan. Mulakan dengan langkah bijak menambahkan oat ke dalam hidangan harian,” ujar Pakar Perunding Dietetik, Georgen Thye.

Susulan kejayaan cabaran yang pertama kali diadakan pada tahun 2024, Kempen Jom Quaker Fit menggalakkan rakyat Malaysia untuk memulakan hari mereka dengan oat dan menjadikannya sebahagian daripada rutin sarapan setiap hari. Kempen ini menekankan perbezaan ketara yang dapat dirasai hasil pengambilan serat yang lebih baik, pengeluaran tenaga yang lebih perlahan, dan rasa kenyang yang lebih lama, dalam tempoh seawal 30 hari.Sebagai sebahagian daripada kempen yang lebih meluas, Quaker turut menganjurkan Cabaran 30 Hari di 70 outlet runcit yang mengambil bahagian, dan rancangan untuk memperluaskan jangkauan melalui kerjasama dengan institusi kesihatan dan universiti pada akhir tahun ini.


“Di Quaker, kami percaya bahawa untuk membawa perubahan, kita perlu mendekati rakyat Malaysia di mana mereka berada, bagi menunjukkan kaedah yang mudah dan boleh dicapai, yang mampu memberikan impak sebenar tanpa mengubah rutin harian. Kempen Jom Quaker Fit adalah mengenai membuat perubahan yang bijak serta mampan, tanpa perlu berkorban. Ia membantu rakyat Malaysia membentuk tabiat pemakanan yang lebih baik dengan penyelesaian yang disokong oleh sains, bermula dengan salah satu bijirin paling bermanfaat di dunia: Supergrain Oats. Kami berbangga kerana dapat menerajui gerakan yang praktikal, inklusif, dan berasaskan sains untuk menyokong perjalanan kesihatan rakyat Malaysia,” kata Pengurus Besar Kluster PepsiCo Malaysia & Filipina, Aditya Ahuja.

Oat, Bijirin Kecil Penuh Khasiat yang Terbukti Secara Saintifik

Dengan sokongan daripada lebih 80 kajian klinikal di peringkat global, oat terbukti secara saintifik dapat membantu mengurus berat badan. Ini kerana oat mengandungi beta-glukan, sejenis serat boleh larut semula jadi yang penting untuk meningkatkan rasa kenyang dan mengawal paras gula dalam darah. Ia membantu mengelak pengambilan makanan berlebihan dan menyokong matlamat kesihatan jangka panjang tanpa perlu bergantung kepada diet yang terlalu ketat. Dengan memulakan hari bersama oat, rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai manfaat makanan super ini untuk kesihatan penghadaman, tenaga berpanjangan, dan kesihatan jantung, semuanya dalam semangkuk hidangan yang berkhasiat!

“Kempen Jom Quaker Fit dibentuk agar sesuai dengan kehidupan sebenar dan berasaskan sains. Ia bertujuan membantu rakyat Malaysia mengawal kesihatan mereka dengan melakukan perubahan kecil secara konsisten, bermula dengan sarapan yang sihat. Dengan kandungan beta-glukan, kajian menunjukkan bahawa oat memberikan rasa kenyang dan membantu mengawal paras gula dalam darah, dua faktor penting dalam mengurus berat badan. Sama ada dinikmati semasa sarapan atau ditambah ke dalam hidangan enak, oat menawarkan cara yang praktikal dan menyeronokkan untuk meningkatkan pengambilan serat dan menyokong diet yang lebih seimbang.” kata Ketua Saintis R&D Pemakanan PepsiCo, Dr. Kit Phanvijhitsiri.

Pandangan Pakar & Demonstrasi Secara Langsung: Satu Mesej, Pelbagai Hidangan

Segmen istimewa pelancaran ini menggabungkan sesi perkongsian pakar serta demonstrasi memasak secara langsung menggunakan oat, bertujuan menyampaikan maklumat yang sahih dan memberikan inspirasi yang berguna kepada peserta. Dalam sesi perbincangan itu, Dr. Kit Phanvijhitsiri turut disertai oleh Georgen Thye, Pakar Perunding Dietetik di mana mereka berkongsi kepentingan serat dalam diet rakyat Malaysia. Mereka turut membincangkan tentang kepentingan serat dalam diet rakyat Malaysia dan menunjukkan bagaimana oat boleh dijadikan sebagai asas dalam menyediakan sarapan yang mudah lagi bertenaga, menggantikan bijirin terproses dalam hidangan manis dan savuri tempatan.

“Pemakanan sihat tidak semestinya rumit atau terlalu menyekat. Mengamalkan pengambilan oat dalam hidangan pagi merupakan langkah pertama yang mudah ke arah meningkatkan rasa kenyang, sistem penghadaman, dan tahap tenaga. Demonstrasi masakan hari ini membuktikan bahawa oat bukan sesuatu yang membosankan; ia sangat versatil, mampu milik, dan sangat memuaskan apabila digunakan secara kreatif. Kempen ini menunjukkan bahawa makanan sihat boleh menjadi mudah, mengenyangkan dan menyelerakan. Anda tidak perlu menyekat selera anda, tetapi cuma perlu membuat pilihan lebih baik setiap hari,” kata Pakar Perunding Dietetik, Georgen Thye.

Daripada bubur oat yang menyelerakan hinggalah kepada snek yang kaya dengan serat, Georgen turut menyediakan pelbagai hidangan secara langsung di atas pentas bagi menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia boleh membuat pilihan yang lebih sihat semasa sarapan dan waktu makan yang lain.Sesi demonstrasi ini mengukuhkan mesej utama kempen iaitu “Makan Lebih Baik, Bukan Kurang”, satu anjakan minda yang menjurus kepada pemakanan berkhasiat, rutin, serta kenikmatan, dan tidak tertumpu kepada berdiet semata-mata.

“Sebagai pakar dietetik, saya sering ditanya bagaimana hendak menjadikan makanan sihat itu sedap. Kami mahu tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa makanan berkhasiat juga boleh mengenyangkan, berjiwa tempatan, dan penuh rasa. Oat boleh disesuaikan dengan pelbagai resipi, terutamanya bagi mereka yang ingin makan dengan lebih sihat tanpa perlu meninggalkan makanan yang mereka gemari,” tambah Georgen lagi.


Sertai Jerayawara Kempen Jom Quaker Fit dan Jadi Sebahagian daripada Gerakan di Sunway Velocity Mall

Kempen Jom Quaker Fit kini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan merangkumi:
  • Pemeriksaan Komposisi Badan PERCUMA di 70 kedai runcit yang mengambil bahagian
  • Resipi baharu berasaskan oat, kandungan pempengaruh, dan tip pakar pemakanan
Acara di Sunway Velocity Mall dibuka kepada orang ramai hingga 17 Ogos. Semua dijemput untuk melihat bagaimana bahan yang ringkas seperti oat boleh membawa kepada perubahan gaya hidup yang bermakna. Para pengunjung boleh mempelajari bagaimana perubahan kecil yang mudah dan mampu milik dapat menyokong tahap tenaga yang lebih baik, rasa kenyang, dan kesihatan secara menyeluruh menerusi paparan interaktif dan tip berguna. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen ini, dan mulakan langkah pertama dalam cabaran 30 hari anda serta rasai perubahan dengan makan lebih baik, bukan kurang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Jom Quaker Fit, sila ikuti Quaker di Facebook dan Instagram atau layari www.quaker.com.my

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

TINTA MERDEKA DI PAVILION BUKIT JALIL: PERPADUAN SENI, FESYEN DAN WARISAN DALAM SAMBUTAN MERDEKA PENUH WARNA