SAMBUTAN MERDEKA PENUH WARNA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68, suasana di Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Kemaman semakin meriah dengan kempen Merdeka yang sarat dengan semangat patriotik dan ganjaran menarik. Kedua-dua pusat beli-belah ini bukan sahaja dihiasi dengan Jalur Gemilang, malah turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang menyatukan komuniti dalam meraikan detik bersejarah negara.
Di Alamanda Putrajaya, kempen Merdeka berlangsung sehingga 1 September 2025. Para pengunjung disambut dengan dekorasi bertemakan kemerdekaan dan pengalaman membeli-belah yang lebih istimewa. Mereka yang berbelanja RM500 ke atas dalam dua resit di kedai-kedai terpilih berpeluang menerima T-shirt edisi terhad Merdeka ke-68. Bagi pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas, ganjaran tambahan berupa e-Baucar Alamanda bernilai RM50 turut menanti.
Mesra Mall di Kemaman pula meneruskan kempen Merdeka sehingga 8 September 2025. Ruang pusat beli-belah dihiasi dengan paparan Jalur Gemilang dan sudut foto bertemakan Hari Merdeka, mencipta suasana penuh kebanggaan. Sebagai penghargaan kepada pengunjung, 500 individu pertama yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit boleh menebus T-shirt edisi terhad Mesra Merdeka 2025. Pada 31 Ogos, 100 pengunjung pertama yang hadir ke kaunter Concierge pada jam 2.00 petang akan menerima pelekat kereta Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan terhadap semangat kebangsaan.
“Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68, kami berbangga dapat berkongsi semangat Merdeka bersama para pengunjung di Alamanda dan Mesra Mall. Kempen ini bukan sahaja menghargai pelanggan setia kami, tetapi juga menggalakkan perpaduan dan kecintaan terhadap warisan negara,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan ganjaran Merdeka, sila layari laman web rasmi dan media sosial:
Alamanda – www.alamanda.com.my / facebook.com/AlamandaShoppingCentre
Mesra Mall – www.mesramall.com / facebook.com/MyMesraMall
Comments
Post a Comment