SEDANIA SALUR RM10,000 KEPADA MERCY MALAYSIA UNTUK ANAK-ANAK GAZA

SEDANIA Innovator Berhad meneruskan komitmen kemanusiaannya dengan menyalurkan sumbangan tunai sebanyak RM10,000 kepada MERCY Malaysia bagi membantu kanak-kanak Palestin di Gaza. Dana ini dikumpul melalui kempen CSR ‘Riang Ria Sya-Whale’ oleh Offspring Inc., di mana RM0.75 disumbangkan bagi setiap dua pek lampin FeatherAIR yang terjual. Inisiatif ini membuktikan bahawa pembelian harian boleh menjadi bentuk bantuan bermakna, selari dengan misi SEDANIA iaitu “Improving Lives Sustainably”.

Ketua Pemasaran Offspring Inc., Esther Lioe Ke Hui menyerahkan cek simbolik bernilai RM10,000 kepada Timbalan Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Hafiz Amirrol, disaksikan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan SEDANIA, Datuk Azrin Mohd Noor serta Pengarah Tadbir Urus, Pengurusan Risiko dan Pematuhan MERCY Malaysia, Zuraidah Mian.

Sumbangan disampaikan secara simbolik oleh Ketua Pemasaran Offspring Inc., Esther Lioe Ke Hui, kepada Timbalan Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Hafiz Amirrol, disaksikan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan SEDANIA, Datuk Azrin Mohd Noor. Kempen ini mendapat sambutan di seluruh negara dan memperlihatkan bagaimana pilihan pengguna yang mesra alam mampu mencetuskan impak kemanusiaan yang berkesan.

Datuk Azrin menegaskan bahawa setiap pembelian adalah satu langkah kecil yang membawa kesan besar, manakala Hafiz Amirrol memuji kerjasama strategik ini sebagai pemangkin utama dalam meneruskan misi bantuan MERCY Malaysia di Gaza. Inisiatif ini membuktikan bahawa pertumbuhan perniagaan dan tanggungjawab sosial boleh bergerak seiring demi kebaikan bersama.

Untuk maklumat lanjut, layari www.offspringinc.com atau www.mercy.org.my.

Comments

Popular posts from this blog

SAFI MELANCARKAN SUNSCREEN SERUM PERTAMA: SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE WATERY LIGHT SERUM SUNSCREEN

‘KONSERT COUNTDOWN KITA 2026’: ASTRO SATUKAN ARTIS PELBAGAI BANGSA RAIKAN TAHUN BAHARU