SYAFIQ KYLE PILIH KOPIKO SEBAGAI KOPI “FEVERET”-NYA


Jenama kopi terkemuka Malaysia, Kopiko, dengan bangganya mengumumkan pelantikan rasmi pelakon popular Syafiq Kyle sebagai wajah baharu jenama tersebut. Pelantikan ini turut menandakan pelancaran kempen selama setahun bertajuk “Kopi Pekat Tak Manis Sangat: Feveret Syafiq”, yang menonjolkan rasa kopi yang berani dan budaya kopi yang kaya – ciri yang telah lama sinonim dengan Kopiko.

Bagi Syafiq, ini bukan sekadar satu lagi kerjasama jenama – ia bersifat peribadi. Kopiko telah lama menjadi pilihan utamanya, terutamanya Kopiko Macchiato. “Dengan dua bahagian espresso dan satu bahagian susu, rasa yang pekat, kaya dan ‘tak manis sangat’ itulah citarasa kopi saya,” kongsinya. Keaslian inilah yang menjadikan peranan beliau sebagai duta lebih daripada sekadar kempen – ia adalah jemputan kepada rakyat Malaysia untuk menikmati Kopiko dari perspektif seorang peminat sebenar.


“Syafiq Kyle, pujaan hati ramai di Malaysia, kini secara rasmi menyertai keluarga Kopiko sebagai duta jenama kami dan kami amat teruja! Syafiq telah menjadi peminat Kopiko sejak dahulu lagi, menjadikan kerjasama ini sangat serasi. Sepanjang 12 bulan akan datang, kami bukan sekadar memperkenalkan Kopiko – kami mengajak orang ramai untuk merasai, menghayati dan mengumpul detik-detik istimewa bersama,” kata Stephenie Siew, Pengurus Pemasaran Kopiko.


Sebagai permulaan kepada perjalanan setahun bersama jenama ini, AEON Wangsa Maju akan menjadi lokasi pertama pelancaran rasmi Syafiq Kyle sebagai duta Kopiko. Para peminat berpeluang menyertai Kopiko Macchiato Gathering dan bertemu Syafiq secara langsung. Peluang bergambar bersama Syafiq turut ditawarkan kepada mereka yang membeli bundle eksklusif Kopiko.

Acara ini juga memperkenalkan koleksi cawan kopi edisi terhad Kopiko x Syafiq Kyle, menampilkan lapan warna unik yang dipilih sendiri oleh Syafiq – sesuai untuk menikmati Kopiko Macchiato. Setiap warna akan dilancarkan secara eksklusif di lokasi roadshow berbeza, menjadikan setiap cawan sebagai item koleksi sebenar. Lebih istimewa, setiap cawan disertakan dengan tandatangan Syafiq dan nombor siri unik. Peminat digalakkan hadir ke beberapa lokasi untuk melengkapkan koleksi penuh.


Antara yang menanti di acara pelancaran: Bertemu Syafiq Kyle secara langsung
  • Peluang bergambar bersama Syafiq Kyle
  • Pelancaran cawan kopi edisi terhad Kopiko x Syafiq Kyle
  • Nikmati secawan Kopiko Macchiato – Kopi Pekat Tak Manis Sangat, serta rebut barangan eksklusif Kopiko melalui bundle khas
Acara ini hanyalah permulaan kepada kolaborasi berani dan menarik selama 12 bulan antara Kopiko dan Syafiq Kyle. Dari aktivasi peminat hingga ke sesi interaksi langsung dan kejutan sepanjang tahun, Kopiko mengajak rakyat Malaysia untuk berinteraksi secara real-time, mengumpul kenangan dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Kopiko bersama Syafiq.


Jangan lepaskan peluang untuk menyertai perjalanan ini dari hirupan pertama. Ikuti perkembangan terkini di Facebook & Instagram Kopiko Malaysia untuk lokasi seterusnya dan pelbagai kejutan menarik bersama Syafiq Kyle dan Kopiko di seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

TINTA MERDEKA DI PAVILION BUKIT JALIL: PERPADUAN SENI, FESYEN DAN WARISAN DALAM SAMBUTAN MERDEKA PENUH WARNA