THE PERFECT HEARTIO MENJADI JENAMA TCM KESIHATAN JANTUNG PERTAMA DI MALAYSIA YANG TERBUKTI SECARA KLINIKAL
The Perfect Heartio (TPH), sebuah jenama tempatan yang berasaskan perubatan tradisional Cina (TCM), secara rasmi mengumumkan keputusan laporan klinikal pertamanya dan menjadikannya suplemen TCM pertama di Malaysia yang disahkan secara klinikal untuk kesihatan jantung.
Kajian secara terbuka selama 12 minggu ke atas 50 peserta berumur di antara 30 hingga 60 tahun yang dilakukan memberikan sokongan saintifik terhadap kepercayaan ramai pengguna setia produk ini bahawa formulasi unik herba TCM daripada The Perfect Heartio mampu meningkatkan kesihatan kardiovaskular dengan ketara. Penemuan kajian ini dibentangkan dalam satu sidang media di Element Kuala Lumpur yang dihadiri oleh para profesional kesihatan, pakar TCM, rakan kongsi jenama, dan wakil media.
Visi Dibina atas Kepercayaan, Disokong oleh Sains
Sejak penubuhannya, The Perfect Heartio telah membantu ribuan isi rumah di Malaysia dengan satu misi yang jelas iaitu menawarkan kaedah semula jadi namun berkesan untuk menyokong kesihatan kardiovaskular. Namun bagi pengasasnya, Jon Lai, janji itu kini melangkaui sekadar tradisi.
"Sejak awal lagi, The Perfect Heartio bukan sekadar suplemen kesihatan malah ia melambangkan kecergasan kardiovaskular serta rasa hubungan dan kasih sayang keluarga yang mendalam. Kami berbangga kerana walaupun berasaskan herba Cina tradisional, produk ini berjaya menembusi pasaran moden dan kini boleh didapati di farmasi terkemuka seperti Farmasi Caring, Farmasi Alpro, dan Sunway Multicare Pharmacy,” kata Jon Lai, pengasas The Perfect Heartio dan Atomic Group.
“Laporan klinikal ini merupakan cara kami menghargai kepercayaan tersebut danl menetapkan standard baharu dimana ia bukan sahaja untuk jenama kami, tetapi juga untuk bidang TCM di Malaysia,” ujarnya lagi.
Mengapa Hal Ini Penting?
Penyakit kardiovaskular kekal sebagai punca utama kematian di Malaysia, menjejaskan lebih 1 daripada 4 orang dewasa. Walaupun kesedaran terhadap kesihatan jantung semakin meningkat, pengguna masih berdepan jurang kepercayaan apabila ia melibatkan suplemen herba atau semula jadi. Kebanyakan produk di pasaran bergantung kepada tuntutan tradisional tetapi kekurangan pengesahan saintifik yang kukuh.
The Perfect Heartio bertekad untuk mengubah persepsi tersebut.
Kajian yang Mengukuhkan Keyakinan Pengguna
Jenama itu menjalankan ujian klinikal selama 12 minggu yang diketuai oleh Dr. Tan Chung Keat, melibatkan 50 orang dewasa berumur di antara 30 hingga 60 tahun. Sepanjang tempoh kajian, peserta mengambil The Perfect Heartio dua kali sehari, dengan penilaian dilakukan ke atas paras kolesterol, penanda keradangan, dan tahap kesejahteraan keseluruhan.
"Kami mereka bentuk kajian ini untuk mencerminkan penggunaannya di dalam dunia sebenar. Tanpa sebarang perubahan drastik pada diet atau gaya hidup mereka, peserta menunjukkan hasil positif hanya dengan menambah The Perfect Heartio ke dalam rutin harian. Malah, keputusan yang diperoleh melebihi jangkaan kami. Bukan sahaja penanda biologi utama bertambah baik, tetapi para peserta turut melaporkan peningkatan ketara dalam kesihatan mereka," kata Dr. Tan.
Apa yang Membuatkan The Perfect Heartio Berbeza?
Keberkesanan produk ini hadir daripada gabungan lapan herba tradisional yang dirumus dengan teliti, termasuklah:
● Alternanthera sessilis (Daun Keremak Merah) – dikenali kerana membantu membersihkan saluran darah dan mengurangkan pembentukan lipid.
● Astragalus membranaceus – meningkatkan peredaran darah dan menyokong pemulihan jantung.
● Halia – menyokong tindak balas anti-radang.
● Panax notoginseng – meningkatkan pertumbuhan semula saluran darah.
● Ligusticum chuanxiong & Codonopsis pilosula – meningkatkan pengoksigenan tubuh dan mengurangkan keletihan.
Tidak seperti kebanyakan suplemen moden, The Perfect Heartio hadir dalam bentuk cecair yang membolehkan penyerapan yang lebih pantas ke dalam aliran darah dan memudahkan integrasi ke dalam rutin harian.
The Perfect Heartio tidak hanya memberi tumpuan kepada kesihatan kardiovaskular, tetapi juga menitikberatkan penjagaan emosi dan ikatan kekeluargaan. Ia mempromosikan budaya berbakti kepada ibu bapa serta menjadikan amalan penjagaan kesihatan harian sebagai satu bentuk ungkapan kasih sayang. Dimensi emosi inilah yang turut mendorong kejayaan pengedarannya, bermula dari klinik butik TCM dan kini berkembang ke rangkaian farmasi moden arus perdana. Hari ini, The Perfect Heartio boleh didapati di lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia Barat dan Timur, termasuk Farmasi Caring, Farmasi Alpro, Farmasi Sunway Multicare dan banyak lagi.
Duta Selebriti: Xue Zhong Menyertai Kempen Jantung Sihat
Pada acara tersebut, penyanyi veteran terkenal Malaysia, Xue Zhong telah dilantik secara rasmi sebagai duta jenama The Perfect Heartio. Cukup terkenal dengan suara yang penuh emosi dan persona awam yang mesra, Xue Zhong juga merupakan seorang yang sangat mementingkan aspek kesejahteraan dan keseimbangan hidup.
"Bagi saya, melindungi jantung bukan hanya soal penjagaan emosi. Ia adalah asas kepada kesihatan fizikal. Saya telah berkerjasama dengan The Perfect Heartio selama lebih lima tahun dan kami berkongsi misi yang sama iaitu mempromosikan kesihatan dan menyemai kasih sayang. Kesan pengunaan The Perfect Heartio adalah sesuatu yang saya sendiri alami, dan kini dengan sokongan pengesahan saintifik, saya berasa bangga dan yakin untuk memikul tanggungjawab sebagai duta jenama ini," kata Xue Zhong.
Implikasi Industri
Menurut anggaran industri, pasaran kesihatan herba di Malaysia dijangka melebihi RM2 bilion menjelang 2027. Namun begitu, hanya sebilangan kecil produk dalam kategori ini disokong oleh ujian klinikal rasmi.
"Pengguna hari ini bijak. Mereka bertanya soalan, mereka menyelidik. Jika anda tidak disokong oleh bukti kukuh, anda akan ketinggalan," kata Jon Lai. "Kami mengalu-alukan pemain industri lain untuk bersama-sama kami dalam meningkatkan standard keseluruhan."
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment