FESTIVAL CAHAYA DI THE CURVE: DEEPAVALI YANG PENUH MAKNA DAN MERIAH
Sempena sambutan Deepavali tahun ini, the Curve tampil dengan kempen istimewa bertemakan Luminous Deepavali: Blessings in Every Bloom, Light in Every Corner, yang berlangsung dari 3 hingga 20 Oktober. Pusat beli-belah ikonik ini mengajak pengunjung dan keluarga untuk menyelami keindahan perayaan cahaya melalui dekorasi memukau, aktiviti kebudayaan, dan inisiatif komuniti yang penuh makna.
Menurut Pengurus Besar the Curve, Elaine Liew, Deepavali bukan sekadar perayaan, tetapi simbol kemenangan cahaya ke atas kegelapan, serta lambang perpaduan dan harapan. “Di the Curve, kami ingin membawa semangat ini ke tengah masyarakat dengan pengalaman yang bukan sahaja meriah, tetapi juga menyentuh hati,” katanya.
Centre Court the Curve berubah wajah dengan gerbang jingga yang dihiasi motif seni India dan lampu, membawa pengunjung ke sebuah diya gergasi yang dikelilingi kolam berwarna-warni, bunga segar dan hiasan merak yang elegan. Semua ini disinari oleh candelier kertas dan tassel yang menambahkan suasana perayaan. Saravedi Bazaar turut memeriahkan suasana dengan pelbagai gerai tempatan yang menawarkan manisan tradisional, saree, aksesori dan barangan perayaan, sekali gus menyokong usahawan kecil dan komuniti setempat.
the Curve turut melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama SKJT Ladang Edinburgh. Usaha ini melibatkan penambahbaikan sudut bacaan sekolah dengan pembinaan perpustakaan mini yang selesa dan inspiratif, lengkap dengan rak buku, meja dan kerusi baharu serta dinding yang dihias semula.
Dalam tempoh kempen, pengunjung juga digalakkan menyertai program Kongsi Kindness dengan menyumbang barangan keperluan harian seperti biskut, minyak masak dan gel mandian di booth khas di Centre Court. Semua sumbangan akan disalurkan kepada rumah kebajikan terpilih selepas tamat kempen, sebagai tanda perkongsian rezeki dan kasih sayang sempena Deepavali.
Sepanjang kempen, pengunjung boleh menikmati pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian Bharathanatyam, Kathakali, Odissi, Vilakku serta persembahan Bollywood dan fusion yang penuh warna. Aktiviti interaktif seperti bengkel membuat rangoli, ikatan saree, seni inai, penyediaan laddu dan teh masala turut diadakan untuk memberi pengalaman langsung kepada pengunjung tentang kekayaan warisan India.
Jangan lepaskan peluang menyertai Deepavali Word Search Wall — cari perkataan tersembunyi, ambil gambar dan tag @thecurve_official di media sosial untuk peluang memenangi baucar beli-belah menarik.
Sebagai pelengkap pengalaman membeli-belah, the Curve menawarkan program Gift-with-Purchase eksklusif:
- Belanja RM100 dan tebus satu set pek Luminous eksklusif.
- Belanja RM300 dan tebus satu beg Deepavali Signature Market Gift Pack serta satu set pek Luminous.
.jpeg)
.jpeg)
Comments
Post a Comment