PAMERAN IMERSIF TOSHIBA TAMPILKAN LEGASI 95 TAHUN DALAM SENTUHAN KREATIF

Toshiba dengan bangganya meraikan detik bersejarah ulang tahun ke-95 jenama itu dengan penganjuran pameran imersif selama tiga hari di Pavilion Bukit Jalil, bermula dari 10 hingga 12 Oktober. Acara ini membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri seni ketukangan jepun dan kecanggihan teknologi jepun yang mampu mencipta gaya hidup moden penuh dengan inspirasi.

(Dari kiri ke kanan) Ian Bushy Martin, Pengurus Besar (Bahagian Elektrikal) dan Jonathan Toh, Ketua Pegawai Operasi dari Harvey Norman; diikuti Steven Yang, Pengarah Urusan dan Vanice Foo, Ketua Pengurusan Jenama dari Toshiba Sales & Services Sdn Bhd.

Seiring dengan perubahan gaya hidup, permintaan berterusan terhadap peralatan rumah pintar yang cekap dan berestetika tinggi juga semakin meningkat. Pengguna masa kini, khususnya golongan profesional yang sibuk dengan kerjaya dan keluarga, inginkan peralatan rumah pintar yang boleh menepati gaya hidup moden dan memudahkan kehidupan seharian mereka.
Legasi Ketukangan dan Gaya Hidup

Selama 95 tahun, Toshiba tetap mengekalkan legasinya yang mengutamakan hasil ketukangan, inovasi, kebolehpercayaan dan kepuasan pelanggan. Dari pelancaran peti sejuk dan mesin basuh pertamanya hingga ke inovasi terkini, Toshiba terus mencipta gaya hidup moden kediaman di seluruh dunia dengan teknologi yang diilhamkan berdasarkan ketepatan, warisan dan seni reka yang berpaksikan falsafah utamanya iaitu “Details Matter.”

“Pameran ulang tahun ke-95 ini ini bukan sekadar meraikan warisan Toshiba — ia juga merupakan penghargaan kami kepada pelanggan yang setia bersama Toshiba dan menyokong falsafah kami yang mengutamakan gaya hidup moden. Kami ingin para pengunjung melihat sendiri bagaimana reka bentuk dan teknologi mampu bergabung dan menjadi satu bentuk seni, disamping menghargai ketelitian serta kehalusan di sebalik setiap ciptaan Toshiba. Gaya hidup pintar bukan sekadar mengenai kecekapan, tetapi lebih kepada menikmati kediaman yang lebih elegan, cekap dan setiap butiran direka dengan penuh teliti. Daripada Siri Japandi hingga inovasi yang diinspirasikan oleh semangat TAKUMI, setiap produk juga menampilkan bagaimana Toshiba terus menggabungkan inovasi dengan gaya hidup moden bagi membantu pengguna menikmati kehidupan yang lebih indah,” kata Steven Yang, Pengarah Urusan Pemasaran & Perkhidmatan Toshiba.


Pameran Imersif Toshiba Sempena Ulang Tahun ke-95

Di Pameran Imersif Ulang Tahun ke-95 Toshiba yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil dari 10 hingga 12 Oktober, para pengunjung berpeluang menyelami perjalanan dan legasi jenama Toshiba melalui rangkaian produk yang berjaya memperkayakan gaya hidup serta menjadikan rutin harian pengguna lebih menyeronokkan dan bermakna.

Pameran ini yang berkonsepkan warisan budaya jepun, inovasi dan gaya hidup, bakal membawa pengunjung merasai sendiri suasana kediaman yang berinspirasikan Jepun di mana alam semula jadi, seni dan reka bentuk moden bergabung dengan harmoni. Antara aktiviti menarik termasuk pembuatan teh berkonsepkan AI, bengkel bento kreatif, gubahan bunga segar, serta pelbagai aktiviti gaya hidup lain yang menampilkan rangkaian produk Toshiba seperti peti sejuk, mesin basuh pinggan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro, penapis air dan mesin basuh.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai Cabaran Kutipan Cop di setiap stesen aktiviti dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk hadiah utama bernilai RM30,000 melalui pertandingan permainan mudah alih interaktif. Sempena ulang tahun ke-95 ini, Toshiba turut melancarkan promosi Jaminan Tukar 1-ke-1 dengan perlindungan tanpa risau selama setahun bagi produk terpilih Siri Japandi dan produk tertentu yang lain.
Membentuk Gaya Hidup Moden Seiring Dengan Permintaan Pengguna

Menurut Steven, Toshiba komited dalam membentuk masa depan gaya hidup moden sambil mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam bidang elektronik dan peralatan pintar bagi kediaman. “Dengan komitmen berterusan terhadap kualiti, kami terus melangkaui sempadan inovasi dan menghasilkan produk yang bukan sahaja berprestasi tinggi tetapi juga bergaya dan relevan dengan keperluan pengguna masa kini,” katanya.

Toshiba akan terus menerajui pertumbuhan masa depannya melalui produk utama mereka iaitu Siri Japandi dengan gabungan harmoni antara ketukangan Jepun dan minimalisme scandinavia. Siri terbaru ini akan diperkenalkan melalui pameran ulang tahun ini yang menampilkan gabungan estetika premium dan inovasi praktikal bagi menyokong gaya hidup moden yang seimbang dan lebih efisien.

“Keanggunan dan kesederhanaan reka bentuk ini mencerminkan semangat TAKUMI, falsafah Toshiba dalam menghayati hasil ketukangan Jepun yang tulen. ‘Takumi’ bermaksud dedikasi seorang artisan yang menyempurnakan setiap ciptaan dengan perincian. Toshiba menerapkan semangat ini dalam setiap ciptaan dan menjadikan kehidupan seharian satu bentuk seni. Inilah yang kami maksudkan apabila kami sentiasa menyebut — ‘Details Matter,’” tambah Steven.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.toshiba-lifestyle.com/my

Comments

Popular posts from this blog

SUMPAHAN NILAM UTAMA: KOMEDI-THRILLER REMAJA PENUH MISTERI

“NOW YOU SEE ME: NOW YOU DON’T” GEGARKAN GSC LALAPORT BBCC – MAGIS KEMBALI MENGUASAI LAYAR PERAK!