IQIYI STARSHIP 2025 DI MALAYSIA DUTA GLOBAL IQIYI INTERNATIONAL, CHEN ZHEYUAN BAKAL MENYAPA PEMINAT DI KUALA LUMPUR!


Setelah dilantik sebagai Duta Global iQIYI International pada bulan Jun lalu, Chen Zheyuan kini bersedia untuk menemui para penontonnya di Malaysia!

Ketika penonton masih terbuai dengan pesona lakonannya sebagai Putera Feng Suige dalam drama popular Fated Hearts— membawa watak yang tegas tapi penuh kelembutan terhadap cinta sejatinya— Chen bakal hadir ke Kuala Lumpur untuk bertemu para penonton secara lebih dekat dan mesra pada bulan Disember ini.

Pada 2 Disember 2025 (Selasa), Chen Zheyuan akan membuat kemunculan istimewa di Pavilion Kuala Lumpur menerusi acara iQIYI Starship 2025 Malaysia, yang dianjurkan oleh iQIYI. Para peminat bakal melalui sebuah pengalaman penuh makna apabila berhadapan dengan bintang popular yang akan memeriahkan suasana ibu kota dengan aura dan semangat positifnya.

Malaysia merupakan destinasi ketiga dalam siri jelajah promosi iQIYI Starship oleh Chen Zheyuan, selepas kejayaan acara di Bangkok dan Jakarta awal tahun ini. Sebagai Duta Global iQIYI International, Chen terus memainkan peranan penting dalam memperkenalkan karya-karya unggul berbahasa Cina kepada khalayak antarabangsa, sekali gus memperkukuh pengaruh dan jenama iQIYI di peringkat global.

Kunjungan kali ini juga menandakan lawatan pertama Chen Zheyuan ke Malaysia, di mana beliau bakal berinteraksi secara langsung dengan penonton serta peminat tempatan dalam suasana yang penuh mesra dan hangat. Bagi menyerikan lagi acara, iQIYI turut menampilkan Fu Yaning — pelakon, penyanyi dan artis iQIYI — sebagai tetamu persembahan khas, menambahkan lagi tenaga dan kemeriahan pada malam penuh bintang ini.

Butiran Acara iQIYI Starship 2025 Malaysia

Tarikh: Selasa, 2 Disember 2025
Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur
Tetamu Khas: Duta Global iQIYI International Chen Zheyuan
Tetamu Persembahan: Fu Yaning

Sebagai ahli iQIYI Tahunan VIP, anda berpeluang menikmati akses eksklusif ke Zon Istimewa Acara iQIYI Starship 2025 Malaysia. Ikuti saluran media sosial rasmi iQIYI untuk mengetahui maklumat selebih lanjut.

Untuk maklumat dan perkembangan terkini, ikuti iQIYI Malaysia di:
Instagram: @iqiyimalaysia
TikTok: @iqiyi_malaysia
Facebook: IQIYI Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

BUKAN SEKADAR HIBURAN: LAPORAN IMPAK SOSIOEKONOMI TIKTOK MALAYSIA DEDAH SUMBANGAN RM20 BILION KEPADA EKONOMI DIGITAL