LIFEBUOY MEMPERKENALKAN SIRI SKIN SOLUTIONS BAHARU, MENTAKRIF SEMULA PENJAGAAN KULIT BERMULA DARI RUANG MANDI
Di Malaysia, cuaca yang panas lembap dan pencemaran yang kian teruk menjejaskan keselesaan serta fungsi kulit kita. Sama ada menghabiskan masa di pejabat berhawa dingin atau menjalani tugasan harian di bawah terik matahari, kulit kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan persekitaran.
Oleh itu, ada yang berdepan kulit berminyak dan liang pori tersumbat; ada pula yang mengalami kulit kering atau sensitif akibat terlalu lama dalam persekitaran berhawa dingin. Malah, ramai juga mengalami kesemua ini. Walaupun gaya hidup kita berbeza, kita tetap berdepan cabaran sama: penghalang kulit kita sentiasa bekerja tanpa henti. Bagi kebanyakan orang, penjagaan kulit bermula dan berakhir di bilik mandi. Walaupun ia sering dianggap rutin biasa, ia sebenarnya mampu memperbaiki dan melindungi kulit.
Justeru, Lifebuoy membawakan rangkaian Skin Solutions baharu, yang direka untuk menjadikan mandi harian saat penjagaan dan pemuliharaan kulit yang lebih bermakna. Ia bukan sekadar gel mandian; tetapi juga membantu mengimbangi, melindungi dan menyihatkan kulit yang terdedah kepada tekanan harian.
“Kami tahu rakyat Malaysia kini lebih peka dan proaktif terhadap kesihatan kulit. Setiap hari, kita terdedah kepada pelbagai persekitaran dan gaya hidup,” kata Pengarah Pemasaran & CSP, Kecantikan dan Penjagaan Diri, Unilever MYSG, Farhana Mohd Nasir. “Jadi, rangkaian Lifebuoy Skin Solutions dicipta bagi menangani cabaran ini. Fokus kami kini melangkaui kebersihan dengan memberi tumpuan kepada kesihatan kulit. Dengan varian yang direka khusus mengikut keperluan kulit, rangkaian ini membantu rakyat Malaysia memiliki kulit yang kelihatan lebih sihat dalam hanya 7 hari.”
![]() |
| Sesi Perkongsian bersama Siti Suhaila, Ketua Pemasaran untuk Pembersihan Kulit, Unilever Malaysia & Singapura, dan Sharifah Rose |
Bukan Sekadar Kebersihan: Sains di Sebalik Kulit Lebih Sihat
Bagi menangani cabaran kulit zaman ini, Lifebuoy menambah baik formulasi gel mandiannya dengan memperkenalkan Skin Peptide Booster — terbukti secara dermatologi dapat membantu mengukuhkan dan memulihkan penghalang kulit daripada penceroboh luaran. Dirumus teliti bagi menyokong kulit dalam pelbagai situasi harian, ia dapat membantu mengekalkan kelembapan, menjadikan kulit kekal lembut, licin dan sihat lebih lama selepas mandi.
Rangkaian Lifebuoy Skin Solutions menyasarkan lima keperluan kulit utama — kawalan sebum, penghidratan, keserian kulit, menenangkan kulit sensitif serta pembersihan mendalam. Setiap varian diperkaya dengan 100% ekstrak berasaskan bahan semula jadi — menawarkan pembersihan yang lembut namun berkesan, dengan tekstur lebih memanjakan dan haruman tahan lama.
![]() |
| Lifebuoy Skin Solutions Roadshow |
Penyelesaian untuk Setiap Keperluan Kulit
Setiap varian dirumus secara khusus untuk mengatasi keperluan kulit yang berbeza:
- Charcoal & Mint – Mengawal minyak berlebihan dan mengurangkan sebum sehingga 8 jam; kulit terasa segar dan seimbang.
- Sea Mineral & Salt – Membersih dan melembapkan serta-merta dalam hanya sekali penggunaan untuk kulit yang lebih segar dan terhidrat.
- Lavender & Oatmeal – Menenangkan serta melembutkan kulit sensitif dengan penjagaan lembut setiap hari.
- Shiso & Pink Clay – Mengembalikan seri kulit kusam dalam hanya 3 hari untuk penampilan yang lebih sihat dan berseri secara semula jadi.
Alamilah sendiri era baharu penjagaan kulit di Lifebuoy Skin Solutions Roadshow, dari 5 hingga 9 November di Sunway Pyramid, Orange Atrium, dengan kerjasama Guardian Malaysia. Temui rangkaian penuh, kenal pasti padanan varian terbaik untuk kulit anda, dan rasai bagaimana kulit sihat sebenarnya bermula dari mandi.
Pengunjung turut berpeluang membawa pulang Lifebuoy Travel Pack 100ml PERCUMA, baucar RM5, serta pelbagai hadiah menarik yang menanti anda!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment