HARI LEBIH BERTENAGA DENGAN BAR PROTEIN NATURE VALLEY BAHARU – SALTED CARAMEL NUT & PEANUT & CHOCOLATE
Jenama bar granola nombor satu dunia, Nature Valley, memperkenalkan inovasi terbaharu dalam rangkaian snek berkhasiatnya – Nature Valley Protein Bars – kini hadir dengan dua perisa baharu yang pasti menjadi kegemaran: Salted Caramel Nut dan Peanut & Chocolate.
Dihasilkan khusus untuk gaya hidup aktif serta citarasa rakyat Malaysia, Nature Valley Protein menggabungkan rasa enak dengan kebaikan bahan semulajadi. Setiap bar bebas gluten ini mengandungi 10g protein, iaitu bersamaan dengan 20% daripada keperluan harian, tanpa pewarna tiruan atau bahan pengawet – hanya bahan sebenar yang boleh dilihat dan dinikmati.
Dua Perisa Ikonik
- Salted Caramel Nut – gabungan kacang tanah rangup dan badam yang disalut karamel masin.
- Peanut & Chocolate – padanan klasik kacang panggang dengan coklat pekat yang memuaskan.
Setiap bar dipenuhi campuran kacang dan bijian untuk memberikan tekstur rangup ikonik Nature Valley – lazat, berkhasiat dan benar-benar mengenyangkan.
Tenaga Sebenar. Bahan Sebenar. Kehidupan Sebenar.
Dalam dunia yang semakin sibuk, Nature Valley Protein Bars hadir sebagai pilihan snek yang mampu mengikut rentak hidup anda sambil memberikan tenaga tambahan. Sesuai untuk individu aktif, ia boleh dinikmati sebagai snek tengah hari, sarapan ringkas ketika sibuk, atau alas perut sebelum makan malam.
Komitmen Sejak 1975
Sejak memperkenalkan bar granola pertama di dunia pada tahun 1975, Nature Valley terus menjadi peneraju dalam kategori snek berkhasiat. Tahun lalu sahaja, lebih 2.7 bilion bar granola telah terjual kepada 102 juta pengguna di seluruh dunia. Siri Protein baharu ini membuktikan komitmen berterusan jenama ini dalam menghasilkan snek sebenar – sedap, mudah dan memuaskan.
Halal & Mudah Didapati
Diperakui Halal, Nature Valley Protein Bars sesuai untuk pelbagai gaya hidup sihat dan keperluan pemakanan. Perisa Salted Caramel Nut dan Peanut & Chocolate kini boleh didapati di pasar raya utama termasuk Aeon, Jaya Grocer, Village Grocer, Qra dan Sogo.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, ikuti Instagram Nature Valley Malaysia hari ini.
.jpg)
.png)
.png)
Comments
Post a Comment