KEBENA-RUN 2025: FENOMENA ‘KEBENARAN’ MELANDA KUALA LUMPUR!
Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tumpuan apabila ribuan peserta membanjiri pusat bandar untuk menyertai Kebena-RUN 2025, acara larian sejauh 5km yang dianjurkan bersempena tayangan filem Papa Zola The Movie di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei mulai 11 Disember ini.
Acara yang dianjurkan oleh MONSTA dan Astro Shaw dengan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta program KL Car Free Morning ini turut menjadi simbol promosi rasmi filem tersebut. Lokasi larian dipilih di Kuala Lumpur, yang juga menjadi latar penggambaran utama Papa Zola The Movie.
Kebena-RUN bermula dengan sesi pemanasan badan pada jam 6.45 pagi sebelum flag-off tepat jam 7.00 pagi. Pelepasan peserta disempurnakan oleh maskot Papa Zola, Mama Zila, Pipi Zola serta karakter popular daripada MONSTA Universe seperti BoBoiBoy dan Mechamato. Turut hadir, Nizam Abd Razak, Pengarah Papa Zola The Movie merangkap Ketua Eksekutif Monsta, bersama wakil DBKL, En. Naquib Bin Hamdan, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan.
Lebih mencuri perhatian, ramai peserta tampil dengan kostum bertemakan watak kegemaran MONSTA Universe, menjadikan suasana larian penuh warna-warni dan menyeronokkan.
Acara ini menyaksikan ribuan penyertaan daripada peminat animasi tempatan yang hadir bersama keluarga. Setiap peserta menerima pakej eksklusif termasuk jersi rasmi, pingat, topeng Papa Zola serta barangan khas Kebena-RUN.
Selain larian, peserta turut menikmati pengalaman interaktif seperti sesi bergambar, aktiviti bersama maskot watak MONSTA, dan cabutan bertuah istimewa eksklusif yang hanya ditawarkan sempena Kebena-RUN 2025.
Dengan sambutan hangat ini, Kebena-RUN bukan sahaja menghidupkan semangat sukan di tengah kota, tetapi juga mengukuhkan keterujaan menjelang tayangan Papa Zola The Movie minggu hadapan.
.jpg)
Comments
Post a Comment