TIGA DEKAD KEGEMILANGAN: NOURUL DEPP PERSEMBAHKAN KONSERT ISTIMEWA DI ZEPP KL


Rong Geng Entertainment dengan penuh rasa bangga mengumumkan penganjuran Konsert For You: Nourul, sebuah persembahan eksklusif yang diraikan khas bagi menghargai legasi, ketekunan dan pencapaian seni penyanyi berkarisma, Nourul Depp, sepanjang lebih tiga dekad beliau mewarnai industri muzik tanah air.

Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 17 April 2026 di Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8.00 malam. Dengan produksi pentas moden, susunan muzik segar, ritma kontemporari serta elemen visual premium, acara ini dijangka menghimpunkan lebih 1,500 penonton daripada pelbagai latar belakang termasuk peminat setia, rakan media, penggiat industri kreatif, influencer dan komuniti seni tempatan.

Konsert For You: Nourul bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah naratif perjalanan seni yang menampilkan keunggulan vokal, disiplin, kecergasan dan personaliti Nourul sepanjang kerjayanya. Penonton akan dibawa menyusuri era muzik beliau yang penuh warna, bermula daripada lagu-lagu hit era 90-an hingga ke single popular 2000-an yang memperlihatkan kematangan vokal dan evolusi muziknya. Persembahan ini turut menampilkan segmen akustik intimate storytelling, kolaborasi bersama pemuzik profesional tempatan, serta tribute visual yang mengimbau perjalanan seni dan pencapaian beliau.

Bagi Nourul sendiri, konsert ini membawa makna mendalam. “Ini adalah antara impian saya yang lama tertangguh. Akhirnya, saya dapat berikan sebuah persembahan yang benar-benar mencerminkan siapa saya sebagai seorang penyanyi, seorang wanita, seorang insan. Saya berjanji untuk memberikan sepenuh hati, sepenuh tenaga dan setiap inci jiwa saya kepada penonton — kerana mereka yang menjadikan perjalanan 30 tahun ini sesuatu yang bermakna,” katanya penuh emosi. Beliau menegaskan bahawa konsert ini akan menjadi persembahan paling peribadi, paling jujur dan paling bertenaga dalam kerjayanya, sebuah malam yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menyentuh dan menginspirasikan.

Pengarah Rong Geng Entertainment, Muhammad Fared Bin Kuswadinata, turut menekankan bahawa konsert ini adalah hadiah buat peminat, rakan industri dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong karya Nourul selama lebih 30 tahun. “Ia bukan sekadar konsert, tetapi satu perayaan kehidupan, ketabahan dan evolusi seni yang membentuk siapa beliau hari ini. Kami mahu penonton merasai perjalanan itu — secara visual, emosi dan muzik,” ujarnya.


Tiket untuk menyaksikan Konsert For You: Nourul mula dijual pada 2 Disember 2025, jam 12.00 tengah hari di platform rasmi ticket2u, dengan harga bermula RM105 (Gold), RM155 (Diamond), RM255 (Platinum) dan RM355 (VIP). Maklumat lanjut mengenai penganjuran konsert ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE 38 JUALAN HARI WANITA MENGETENGAHKAN JENAMA WANITA BERTERASKAN IMPAK

CUCKOO MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DENGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAMSUNG DAN TOURISM MALAYSIA, PERKENALKAN PRODUK KEDIAMAN SIHAT PINTAR SERTA MASKOT PERTAMA ‘HEPI’

SHOPEE BAZAR HEBAT RAYA CERMINKAN TREND PEMBELIAN BERASASKAN KANDUNGAN