KUMO KUMO LANCAR KEDAI PERTAMA DI MALAYSIA, BAWA SENSASI KEK KEJU ‘CLOUD-LIKE’ DARI JEPUN
Jenama pencuci mulut antarabangsa, KUMO KUMO, yang terkenal dengan kek keju Jepun bertekstur lembut umpama awan (cloud-like), kini rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pembukaan cawangan pertama di Sunway Pyramid.
Selepas kejayaan pra-pembukaan selama sebulan yang mencetuskan tumpuan pengunjung serta sorotan di media sosial, KUMO KUMO meraikan pelancaran rasmi dengan melantik penyanyi Malaysia, Sam CN daripada duo popular FS (Fuying & Sam), sebagai "Pengurus Kedai" sehari sempena majlis pembukaan.
Sentuhan Kraf Tangan Jadi Identiti
Ditubuhkan pada tahun 2020, KUMO KUMO mengekalkan falsafah pembuatan kek secara teliti dengan pemilihan bahan berkualiti dan proses pembikinan yang rapi. Kek keju “cloud-like” ini dikenali dengan tekstur gebu, ringan dan mudah cair di mulut, berbeza daripada kek keju tradisional yang lebih padat.
Ciri unik jenama ini turut dipamerkan melalui konsep dapur terbuka di Sunway Pyramid, di mana pelanggan boleh menyaksikan keseluruhan proses pembikinan – daripada kek yang naik secara perlahan-lahan di dalam ketuhar hingga ke kemuncak ‘jiggly finish’ dan ritual hot-stamping secara langsung.
Majlis Pelancaran Bersama Sam CN
Setiap kek keju yang baru dibakar diraikan dengan bunyi loceng emas ikonik KUMO KUMO, simbol komitmen terhadap kraf tangan, kesegaran dan pengalaman penuh keceriaan.
“Saya berbesar hati dijemput sebagai One-day Store Manager untuk pelancaran ini. KUMO KUMO menyentuh hati orang ramai melalui kehangatan kraf tangan dan rasa yang enak. Saya teruja meraikan detik istimewa ini bersama semua,” kata Sam CN, yang baru-baru ini tersenarai dalam pencalonan TC Candler’s 2025 ‘100 Most Handsome Faces’.
Majlis pelancaran turut menampilkan demonstrasi membakar kek, aktiviti interaksi pelanggan serta sesi hot-stamp khas untuk kek keju yang baru disediakan.
Susulan sambutan menggalakkan, jenama ini mengesahkan pembukaan dua lagi cawangan baharu di SkyAvenue Genting dan IOI City Mall Putrajaya, menandakan fasa pengembangan seterusnya di Malaysia.
.jpg)
.jpg)
%20(1).jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment