KUROMI WONDERLAND CATAT SEJARAH DI MALAYSIA – SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 DI CENTRAL I-CITY
Watak kesayangan Sanrio, Kuromi, kini bersedia menawan hati peminat Malaysia melalui penganjuran Kuromi Wonderland terbesar pernah diadakan di negara ini. Sempena ulang tahun ke-20 karakter popular itu, Central i-City bersama One Universal Production Sdn Bhd menganjurkan acara mercu tanda yang mencatat sejarah sebagai sambutan rasmi hari lahir Kuromi pertama berskala besar di Malaysia.
Sambutan selama 44 hari bermula 29 November hingga 11 Januari 2026 ini menjanjikan pengalaman penuh warna, keriangan serta pelbagai tarikan unik yang dijangka menjadi lokasi tumpuan hujung tahun dan ‘hotspot’ bergambar utama.
Penampilan Sulung Kuromi di Malaysia
Buat pertama kali, peminat berpeluang bertemu secara dekat dengan Kuromi melalui sesi meet & greet yang berlangsung sepanjang tempoh acara. Pengunjung boleh bergambar, berinteraksi dan menikmati pengalaman eksklusif bersama karakter comel-nakal ini.
Tarikan Utama: Kuromi Inflatable Playland
Acara ini turut memperkenalkan “Kuromi Inflatable Playland” berlesen rasmi, yang merupakan taman permainan inflatable bertema Kuromi terbesar di dunia. Di ruang tengah Central i-City, patung Kuromi gergasi setinggi 8 meter menjadi tarikan utama, bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa yang ingin bergambar dan bersantai. Zon ini dilengkapi sudut fotografi bertema bagi mencipta momen istimewa bersama pasangan, keluarga atau rakan.
Kuromi Pop-Up Store Eksklusif
Sempena ulang tahun ke-20, Kuromi Pop-Up Store dibuka dengan koleksi barangan edisi khas termasuk bantal peluk, alat tulis, beg, aksesori dan cenderamata peringatan. Banyak item hanya ditawarkan sepanjang promosi ini dan tidak akan diulang keluarkan, menjadikannya peluang eksklusif buat peminat tegar.
Aktiviti & Suasana Krismas
Selain tarikan utama, Kuromi Wonderland turut menyediakan zon aktiviti interaktif untuk semua peringkat usia seperti permainan karnival, mesin tarian dan ruang bergambar. Bersempena musim Krismas, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan silap mata, nyanyian lagu Krismas, pertunjukan bakat, live band, badut belon, sesi bertemu Santa, pertandingan mewarna serta runway bakat kanak-kanak.
Hadiah Istimewa Buat Pengunjung
Sepanjang acara, pengunjung berpeluang menebus hadiah eksklusif berdasarkan jumlah perbelanjaan:
- Buku Nota Kuromi A5 dengan perbelanjaan RM300
- Beg Kanvas Kuromi dengan perbelanjaan RM700
- Baucar Tunai Nitori RM50 dengan perbelanjaan RM3,000
Ikuti Central i-City untuk maklumat terkini: Facebook | Instagram | TikTok | Xiaohongshu
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment