SURIA KLCC HIDUPKAN MAGIS KRISMAS DENGAN GELANGGANG LUNCUR PERTAMA MALAYSIA
Suria KLCC sekali lagi mengangkat pengalaman membeli-belah ke tahap bertaraf dunia dengan mempersembahkan tema perayaan A Majestic Christmas. Bermula dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026, pusat beli-belah ikonik ini berubah wajah menjadi sebuah alam fantasi penuh magis, menggabungkan hiasan menawan dengan pengalaman interaktif yang mempesona.
Centre Court Suria KLCC menjadi nadi sambutan, dihiasi pokok Krismas bertingkat yang megah dengan lampu berkilauan dan aksesori perayaan. Di tengah struktur ini, pengunjung akan menemui Mirror Room, sebuah bilik imersif dengan panel pantulan yang mencipta ilusi visual penuh kilauan, diserikan dengan haruman elegan daripada Lancôme. Tidak ketinggalan, Interactive Music Box membolehkan pengunjung memilih enam lagu klasik Krismas kegemaran mereka, diiringi cahaya lampu yang bergerak seiring dengan melodi. Keseronokan ini dilengkapkan dengan Festive Photobooth yang menawarkan foto bercetak dan digital secara percuma.
Kemuncak sambutan tahun ini ialah pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk The First Outdoor Skating Rink in Malaysia. Gelanggang luncur eksklusif ini mengelilingi pokok Krismas setinggi 80 kaki dengan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS, dibuka setiap hari dari 26 November hingga 25 Disember 2025.
Bagi pelanggan yang berbelanja, Suria KLCC menawarkan ganjaran eksklusif sepanjang musim. Mereka yang berbelanja RM500 ke atas dalam satu resit akan menerima pengalaman Festive Skating untuk dua orang, manakala pembeli yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-Voucher Suria KLCC bernilai RM100 bersama pengalaman skating untuk dua orang.
Suasana perayaan turut diperkaya dengan program hiburan seperti Santa Claus Meet & Greet pada tarikh terpilih termasuk Hari Krismas, persembahan Christmas Carolling setiap Ahad terpilih, serta bengkel Christmas Wreath yang memberi peluang pengunjung mencipta hiasan perayaan sendiri.
Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, menegaskan bahawa Suria KLCC bukan sekadar pusat beli-belah, tetapi sebuah destinasi di mana kenangan dicipta dan pengalaman dikongsi. “Tema Majestic Krismas tahun ini, dengan pokok Krismas yang menakjubkan dan gelanggang luncur pertama di Malaysia, direka untuk memberikan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan, membawa kegembiraan dan kebersamaan kepada semua pengunjung,” katanya.
Untuk maklumat lanjut tentang Suria KLCC, sila layari www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
Alamanda Putrajaya
Alamanda membawakan kempen sambutan Krismas dari 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026 dengan hiasan pokok Krismas bertingkat, gerbang bercahaya dan bebola gemerlapan di Centre Court. Suasana perayaan diperkaya dengan persembahan tarian, balet kanak-kanak dan silap mata hujung minggu, selain kunjungan Santa Claus pada Hari Krismas. Kanak-kanak VIKids menikmati bengkel kreatif seperti menghias donat, manakala pembeli-belah menerima ganjaran e-Voucher bernilai RM30 atau RM80 bergantung pada jumlah perbelanjaan. Alamanda turut melaksanakan inisiatif kesedaran kesihatan mental melalui jualan Green Ribbon Pin, dengan hasil disalurkan kepada NGO berkaitan.
Untuk maklumat lanjut tentang Alamanda, sila layari www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
Mesra Mall Kemaman
Mesra Mall menghidupkan sambutan Krismas dari 5 hingga 31 Disember 2025 dengan hiasan pokok Krismas berkarusel di Centre Court. Aktiviti perayaan termasuk bengkel kreatif Succulent Workshop dan Snowflakes Workshop, serta Karnival VIKids dari 25 hingga 29 Disember yang menawarkan permainan bertema dan hadiah untuk kanak-kanak. Sebagai ganjaran, 500 pembeli pertama yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit boleh menebus 2-Tiered Dessert Display Rack eksklusif. Suasana mesra keluarga ini menjadikan Mesra Mall destinasi percutian hujung tahun yang penuh keceriaan di Terengganu.
Untuk maklumat lanjut tentang Mesra Mall, sila layari - www.mesramall.com.my / www.facebook.com/MyMesraMall
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment