NABILA RAZALI KEMBALI DENGAN SINGLE RAYA “TAK SABAR NAK RAYA!” – PREKUEL KEPADA NARATIF LAGU RAYA MANA?
Selepas kejayaan Raya Mana? yang trending dua tahun lalu, Nabila Razali kembali memeriahkan Aidilfitri dengan single terbaharu berjudul Tak Sabar Nak Raya! ciptaan MFMF bersama Brendan Lim, Denise Chan, Foong Le Xin dan Asyraf Nasir.
Menariknya, lagu ini bukan kesinambungan Raya Mana?, sebaliknya sebuah prekuel yang menggambarkan suasana raya Nabila sebelum bergelar isteri. Ia turut menampilkan kisah pertemuannya dengan Aizat Saha dalam muzik video, melengkapkan naratif raya yang pernah dikongsikan sebelum ini.
Menurut Nabila, lagu ini menonjolkan kemeriahan dan keterujaan menjelang Syawal – dari persiapan baju raya, balik kampung hingga kegembiraan bertemu saudara-mara. “Ramai yang tak sabar nak beraya, sama seperti tajuk lagu ini. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi mengingatkan kita tentang kemanisan raya itu sendiri,” katanya.
Rakaman vokal lagu ini mengambil masa empat jam dengan penampilan khas Haji Nabil Ahmad, manakala muzik video dirakam di Hulu Langat dengan suasana kampung tradisional. MV turut dibintangi Aizat Saha, MFMF dan beberapa pempengaruh media sosial termasuk Aggy, King Oyen, Adik Yusuf dan Shaffiq Erwin.
Tak Sabar Nak Raya! diterbitkan oleh Nabila Razali Entertainment bersama Sony Music Entertainment Malaysia serta Malika Entertainment & Management, dan boleh didengarkan di semua platform digital mulai 27 Februari 2026. Lagu ini juga dipilih sebagai runut bunyi rasmi mini siri 20 episod Di Sebalik Cahaya Raya yang akan bersiaran di Viu bermula 26 Februari.
%20(Custom).jpeg)
Comments
Post a Comment