PELANCARAN TAYANGAN PERDANA “UPANDA CINEMA” DI MALAYSIA DAN MUSIM TAYANGAN ISTIMEWA PROGRAM BERTEMAKAN CHINA DI KUALA LUMPUR
Tayangan perdana “UPanda Cinema” di Malaysia bersama pelancaran Musim Tayangan Istimewa Program Bertemakan China telah berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur, hari ini. Inisiatif ini digerakkan secara bersama oleh Jabatan Penerangan Majlis Negara China, Pentadbiran Negara Radio dan Televisyen China, serta Kementerian Komunikasi Malaysia; dan dianjurkan bersama oleh Pusat Komunikasi Antara Benua China (CICC), Astro Malaysia dan Mango Media Sdn Bhd.
“Musim Tayangan Program China ‘UPanda Time’ berbahasa Malaysia bakal menawarkan pengalaman menonton yang kaya dengan budaya dan mengasyikkan kepada penonton di Malaysia,” kata said Timbalan Ketua Pengarah Biro Promosi Luar Negara, Pejabat Penerangan Majlis Negara China, Li Zhuang. Beliau berharap agar budaya tradisional China dapat terus memperkukuh hubungan antara rakyat, sekali gus membantu kedua-dua negara memperihalkan pertukaran budaya dan pembelajaran bersama China-Malaysia dengan lebih berkesan.
Beliau turut menambah bahawa kerjasama audiovisual yang lebih mendalam, termasuk penerbitan bersama, pertukaran kandungan dan pembangunan bakat, mampu membuka saluran yang lebih luas bagi meningkatkan persefahaman bersama. Selain itu, beliau menekankan bahawa pertukaran belia boleh menjadi pemacu penting dalam memperkukuh hubungan ini serta membuka laluan baharu menuju ‘50 Tahun Keemasan’ seterusnya dalam hubungan antara China dan Malaysia.
Menteri Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia, Zheng Xuefang turut menghadiri majlis tersebut. Beliau berkata, “China dan Malaysia telah berkongsi persahabatan sejak berabad lamanya, dengan budaya menjadi jambatan yang sentiasa menghubungkan rakyat kedua-dua negara. Pelancaran ‘UPanda Cinema’ merupakan langkah penting dalam merealisasikan kesepakatan antara pemimpin kita serta memperkukuh kerjasama dalam bidang filem, televisyen dan budaya.
“Kami percaya kepelbagaian program yang diketengahkan akan membantu penonton Malaysia memahami sejarah, warisan dan pembangunan China dengan lebih mendalam, sekali gus mengukuhkan pembelajaran bersama serta hubungan antara rakyat. Ini juga menjadi dorongan untuk kita melangkah ke arah ‘50 Tahun Keemasan’ yang seterusnya dalam persahabatan antara China dan Malaysia,” tambahnya lagi.
Mewakili Kerajaan Malaysia, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, YB Teo Nie Ching pula menegaskan bahawa hubungan budaya antara Malaysia dan China yang terjalin sekian lama terus mengukuhkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara.
“’UPanda Cinema’ membuka jalan yang lebih luas kepada kandungan hiburan China untuk penonton Malaysia, sekali gus mewujudkan peluang baharu dalam kerjasama filem dan televisyen. Setakat ini, industri kandungan skrin negara berjaya menarik pelaburan melebihi RM1 bilion, menyokong lebih 160 projek, mewujudkan 16,300 peluang pekerjaan dan menjana kesan pengganda ekonomi sebanyak RM3.5 bilion. Kami berharap kerjasama ini dapat diperkukuh dan mencetuskan lembaran baharu dalam menjalin persahabatan bilateral,” kata beliau.
Pada majlis tersebut, wakil daripada Biro Promosi Luar, Pejabat Penerangan Majlis Negara China, Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia, Kementerian Komunikasi Malaysia, Tourism Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Astro Malaysia dan CICC, bersama-sama melancarkan Musim Tayangan Istimewa Program Bertemakan China.
Musim tayangan ini akan disiarkan melalui beberapa saluran televisyen Astro sepanjang Tahun Baharu Cina 2026, menampilkan beberapa pilihan istimewa program berbahasa Cina. Lebih 100 jam kandungan bertemakan China akan disiarkan, termasuk:
- Siri Drama: Flourished Peony, Romance in the Alley
- Dokumentari: Master Class, Rediscovering Home Truths
- Animasi: MooBoo Cops
- Dan banyak lagi program yang dihasilkan bagi mempersembahkan pengalaman menonton budaya yang lebih mengasyikkan.
Dalam majlis yang sama, CICC memeterai dua filem besar dan projek kerjasama kebudayaan televisyen bersama Mango Media Sdn Bhd, dan Juxta Films:
- Program Penciptaan Bersama Drama Pendek Bertema China-Malaysia,
- Perjanjian Pertukaran dan Kerjasama Budaya Filem dan Televisyen China-Malaysia
Kerjasama ini membuka lebih banyak peluang dalam penciptaan mikro-drama, projek penggambaran bersama, serta pembangunan industri. Turut diumumkan ialah program baharu terbitan bersama China–Malaysia yang berkonsepkan light-variety bertajuk “Melody Bridge”.
Majlis pelancaran tersebut juga diserikan dengan persembahan tarian Malaysia yang menggabungkan kraf warisan “Wau Bulan” bagi membentuk bayang-bayang beruang panda gergasi, melambangkan persahabatan erat antara Malaysia dan China.
Dilancarkan pada 2021, “UPanda Cinema” (“Panda Time”) merupakan platform audio visual antarabangsa yang bekerjasama dengan rakan media terbesar di lebih 20 negara termasuk Perancis, Jerman, Itali, India, Afrika Selatan dan rantau Asia Tengah, dengan capaian melebihi 130 juta penonton di seluruh dunia. Platform ini aktif mempromosikan kerjasama media, edaran program, pertukaran hak cipta, aktiviti budaya dan kolaborasi kreatif secara global.
.jpg)
Comments
Post a Comment