SKECHERS LANCAR GOWALK® MAX CUSHIONING® FLEX: KESELESAAN HARIAN DENGAN SENTUHAN GAYA
Skechers, syarikat teknologi keselesaan dan peneraju global dalam kasut gaya hidup serta prestasi, memperkenalkan koleksi terbaharu Skechers Slip-Ins®: GOwalk® Max Cushioning® Flex. Direka untuk lelaki dan wanita, koleksi ini menampilkan kasut berjalan yang memberikan pengalaman pergerakan lebih mudah, selesa dan ringan sejak langkah pertama.
Koleksi ini turut menandakan penampilan pertama duta jenama serantau Skechers yang baharu – DK, SEUNGKWAN dan DINO daripada kumpulan K-pop terkenal SEVENTEEN. Dengan siluet moden serta pilihan warna segar, koleksi ini menggabungkan inovasi prestasi dengan gaya harian yang versatil.
Kedua-dua rekaan dilengkapi platform Max Cushioning® dan teknologi kusyen ULTRA GO®, digabungkan dengan fabrik mesh bernafas serta tali regangan No Tie Fit® yang kekal kemas. Sama ada untuk tugasan ringkas atau berjalan jauh, koleksi ini membuktikan bahawa keselesaan berprestasi tinggi boleh hadir bersama gaya kontemporari.
Rekaan untuk Lelaki: GOwalk® Max Cushioning® Flex – Pave
Model Pave menawarkan keselesaan atletik dengan teknologi Hands Free Slip-Ins® dan sokongan Heel Pillow® yang memeluk kaki dengan selesa. Ia turut dilengkapi Air-Cooled Goga Mat® insole, midsole Max Cushioning®, buih ULTRA GO®, serta kusyen Soft Stride™ untuk pengalaman berjalan yang ringan dan responsif. Tapak luar fleksibel, ketinggian tumit 2 inci serta rekaan boleh dibasuh sepenuhnya menjadikan kasut ini sesuai untuk kegunaan sepanjang hari.
Pilihan warna:
Rekaan untuk Wanita: GOwalk® Max Cushioning® Flex – Remi
Model Remi menambah inovasi dengan Flex Pillars™ untuk kestabilan pelbagai permukaan dan teknologi Natural Rocker® bagi peralihan tumit ke jari kaki yang lebih lancar. Bahagian atas mesh direka dengan cetakan 3D halus, manakala insole Air-Cooled Goga Mat®, kusyen ULTRA GO® dan buih Soft Stride™ memastikan setiap langkah terasa empuk dan bertenaga. Ringan serta boleh dibasuh sepenuhnya, Remi direka untuk bergerak dengan bergaya ke mana sahaja.
Pilihan warna:
Harga & Ketersediaan
Koleksi Skechers Slip-Ins®: GOwalk® Max Cushioning® Flex ditawarkan pada harga bermula RM399 dan kini boleh didapati di rangkaian kedai konsep Skechers terpilih termasuk Mid Valley Megamall, Pavilion Damansara Heights, Sunway Pyramid, Suria KLCC, Queensbay Mall dan lain-lain. Ia juga boleh dibeli secara dalam talian di skechers.com.my.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment