BAYI PERTAMA TAHUN BARU CINA DI COLUMBIA ASIA MENERIMA EMAS SEBAGAI HADIAH TRADISI MASYARAKAT CINA

Kumpulan Hospital Columbia Asia, ahli Asia One Healthcare, meraikan bayi-bayi yang dilahirkan pada hari pertama Tahun Baru Cina semalam, di cawangan hospital Setapak serta Tebrau.

Pakar O&G Dr. Sudha Kumari Hem Raj Shastri, Neelam dan cahayamatanya yang pertama, bersama pasukan jururawat di wad bersalin.

Antara kedua-dua hospital, bayi yang paling terdahulu, dilahirkan pada pukul 12.21 tengahari bertempat di Columbia Asia Hospital Setapak. Bayi lelaki kepada pasangan yang berasal dari Pakistan dan kini menetap di Malaysia, Zohaib Haider dan isterinya Neelam Zohaib, menerima emas 1 Dinar 999.9 Fine Gold Coin serta 2g 999.9 Fine Gold Bar dari Columbia Asia.

Menjadi kebiasaan masyarakat Cina di Malaysia menghadiahkan emas kepada bayi yang baru lahir. Selain itu, hadiah ini juga merupakan suatu cenderahati sempena ulangtahun ke 30 Columbia Asia.

Permulaan baru di Tahun Kuda

“Columbia Asia Hospital Setapak berasa gembira dengan kelahiran bayi pertama Columbia Asia pada Tahun Baru Cina,” kata Pakar O&G Dr. Sudha Kumari Hem Raj Shastri. “Bayi yang lahir di tahun baru menjadi simbol suatu permulaan yang indah.”

Juga dilahirkan pada Tahun Kuda ialah seorang lagi bayi lelaki, kali ini di Columbia Asia Hospital Tebrau. Cahaya mata kepada pasangan Yogeswaran Reganaddan dan isteri Cheah Chie San, merupakan anak pertama mereka. Ibu bayi, Cheah, bersalin pada pukul 5.39 petang di Columbia Asia Hospital Tebrau. Bagi meraikan saat indah ini, Columbia Asia menghadiahkan gelang kaki yang diperbuat dari emas 916 untuk bayi tersebut.

(Duduk dari kiri) Columbia Asia Hospital Tebrau CEO James Chong, Cheah dan Yogeswaran bersama kakitangan pasukan perubatan termasuk Pakar Pediatrik Dr. Farzana Mohamed Yusof (berdiri di belakang Cheah) dan Pakar O&G Dr. Eliza Mohd Noor (berdiri di belakang Yogeswaran)

Promosi Kesihatan Kanak-Kanak

Sempena sambutan ulang tahun ini, Columbia Asia menawarkan pakej istimewa untuk wanita dan kanak-kanak sebagai tanda penghargaan kepada komuniti atas sokongan berterusan sepanjang perjalanan syarikat ini. Bermula sekarang sehingga 31 Mac 2026, ibu/anak yang layak berhak menikmati diskaun bagi perkhidmatan terpilih iaitu:

· Pakej Vaksinasi Pranatal
· Pakej Bersalin
· Pakej Vaksinasi Pediatrik

Tiga Dekad Perkhidmatan Kesihatan yang Berkualiti

Ditubuhkan pada tahun 1996, Columbia Asia menyambut ulang tahun ke-30 pada tahun ini, menandakan tiga dekad penyedian perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses serta dipercayai oleh komuniti di seluruh Malaysia. Daripada menyambut kelahiran bayi baharu hingga menyokong keluarga di setiap peringkat kehidupan, pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kumpulan ini terhadap penjagaan, keprihatinan dan kecemerlangan klinikal.

Selaras dengan tema ulang tahunnya, “30 Years of Care. A Lifetime of Trust. Right Here for You”, Columbia Asia terus menunaikan janjinya untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses, dipercayai dan berkualiti tinggi, berteraskan keperluan pesakit.

Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE HOUSE: BAZAR GAYA RAYA TAMPILKAN TREND BELI-BELAH RAYA BERTERASKAN KANDUNGAN DAN PERTUMBUHAN JENAMA TEMPATAN