CARING PHARMACY TERUS MENYOKONG ARTIS NEURODIVERGENT DENGAN KOLABORASI SAMPUL RAYA 2026 BERSAMA ARTIS AUTISTIK DANIAL KUSHAIRI


CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy di bawah BIG CARiNG Group, hari ini memperkenalkan koleksi Sampul Raya 2026 mereka hasil kolaborasi bersama artis visual autistik Malaysia, Danial Kushairi, menandakan kembalinya beliau sebagai artis pilihan selepas kolaborasinya sebelum ini pada 2024 untuk baucar e-tunai. Ini juga merupakan initiatif terkini dalam komitmen berterusan ketiga-tiga jenama farmasi tersebut untuk menyokong artis neurodivergen dan memupuk komuniti yang lebih inklusif melalui ekspresi kreatif.

Inisiatif ini membina usaha lebih luas bagi CARiNG Pharmacy dalam menyokong artis neurodivergent dan mengiktiraf pelbagai bentuk kreativiti serta ekspresi, termasuk kalendar 2026 mereka yang menampilkan artis adik-beradik neurodivergent, Zayn dan Nafeesah, serta rekaan sampul Raya 2025 yang dihasilkan bersama artis autistik ARTJAMILA. Setiap kolaborasi mencerminkan kepercayaan CARiNG Pharmacy bahawa penyediaan platform berterusan dapat membantu membina keyakinan, menggalakkan ekspresi diri, dan memupuk pemahaman masyarakat yang lebih luas.

Wong Siew Lai, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan BIG CARiNG (kiri), memperkenalkan Sampul Raya 2026 keluaran CARiNG Pharmacy bersama Pn. Rohani Ahmad dan anaknya, Danial Kushairi – seorang artis neurodivergen.

Dirasmikan semasa majlis berbuka puasa istimewa bersama kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Shifa, Setapak, inisiatif ini memancarkan semangat Ramadan dan Syawal yang bakal tiba — masa yang menekankan kasih sayang, renungan, dan kebersamaan. Dua karya asli Danial — Kampung Dalam Hutan dan Kampung by the Pond I — telah diadaptasi menjadi dua rekaan Sampul Raya eksklusif, membolehkan suara kreatif beliau menjadi sebahagian daripada tradisi perayaan yang dikongsi oleh keluarga di seluruh Malaysia.

Wong Siew Lai, Ketua Pegawai Pemasaran BIG CARiNG Group berkata, “Kolaborasi kami bersama Danial mencerminkan komitmen berterusan kami untuk mewujudkan peluang bermakna bagi artis neurodivergent. Selepas inisiatif kalendar baru-baru ini dan kolaborasi perayaan terdahulu, Sampul Raya ini meneruskan perjalanan kami dalam mengiktiraf kreativiti sebagai bentuk ekspresi yang hebat. Kembalinya Danial sebagai artis pilihan menjadikan kolaborasi ini lebih bermakna bagi kami. Karya beliau membawa keaslian, perspektif, serta kegembiraan, dan kami berbesar hati untuk berkongsi bakat beliau dengan komuniti kami seiring sambutan musim perayaan dengan penekanan terhadap nilai inklusif dan kebersamaan.”

Danial Kushairi merupakan artis visual neurodivergent Malaysia yang terkenal dengan penggunaan warna yang terang dan tema yang diilhamkan daripada alam semula jadi serta warisan budaya. Disahkan menghidap autisme, beliau mengekspresikan diri secara semula jadi melalui seni, menggunakan warna dan bentuk untuk menyampaikan perspektif, emosi, serta imaginasi. Karya beliau sering memancarkan keharmonian dan optimisme, menampilkan perspektif yang tulus serta menyuntik inspirasi terhadap dunia di sekeliling nya. Melalui perjalanan seninya, Danial terus mencabar persepsi sambil menunjukkan bagaimana kreativiti boleh menjadi jambatan berkuasa untuk pemahaman dan inklusi.

Pn. Rohani Ahmad, ibu Danial, menambah, “Seni memberikan suara kepada ramai kanak-kanak neurodivergent. Ia menjadi cara untuk mereka memproses perasaan, menumpukan perhatian dan berkongsi bahagian diri mereka yang kadang-kadang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Kolaborasi seperti ini meningkatkan keyakinan mereka, menonjolkan bakat mereka kepada dunia, dan mengesahkan bahawa perspektif mereka penting. Kami amat menghargai sokongan berterusan CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, dan Wellings Pharmacy terhadap artis muda dengan memberi ruang untuk karya mereka diraikan.”

Wong Siew Lai, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan BIG CARiNG, menyerahkan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Shifa Setapak

Sampul Raya CARiNG Pharmacy 2026 akan tersedia di kedai CARiNG, Georgetown dan Wellings Pharmacy di seluruh negara. Pelanggan boleh menerima Sampul Raya eksklusif ini dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat terkini mengenai inisiatif CARiNG Pharmacy dan kempen akan datang, ikuti CARiNG Pharmacy di Facebook (www.facebook.com/caring), Instagram (www.instagram.com/caringpharmacy_my/) serta laman sesawang rasmi (https://www.caring2u.com/).

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA

LAZMALL CATAT PERTUMBUHAN ENAM KALI GANDA, AI SUMBANG HAMPIR US$3 JUTA DALAM JUALAN ULANG TAHUN LAZADA