HERITAGE VALLEY KL HIDANGKAN BUFET RAMADAN DENGAN KOLABORASI LOMAK SALAI TAMPIN


Heritage Valley Kuala Lumpur memperkenalkan buat pertama kali Ramadhan Feast Buffet dengan konsep suasana kampung di tengah kota, hasil kerjasama eksklusif bersama Lomak Salai Tampin. Bermula pada 20 Februari hingga 18 Mac 2026, bufet ini menawarkan pengalaman berbuka puasa unik dengan harga RM88 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak, manakala kanak-kanak bawah enam tahun makan percuma.


Kolaborasi ini menggabungkan kepakaran kulinari tradisional Negeri Sembilan dengan fasiliti moden Heritage Valley. Antara tarikan utama ialah sajian masak lemak autentik seperti Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak, yang dihidangkan panas bersama nasi putih. Selain itu, tetamu boleh menikmati ayam kampung, sate, kuih tradisional, serta pilihan antarabangsa seperti pasta Itali, soto Betawi, bakso Indonesia, dan hidangan Barat seperti chicken grill dan chicken chop.







Heritage Valley mampu menampung sehingga 300 tetamu dengan kemudahan parkir percuma dan ruang solat yang luas. Suasana berbuka diperkaya dengan dekorasi kampung, muzik busking, dan Ramadhan Night Market setiap hujung minggu. Menjelang Syawal, pelbagai aktiviti seperti kacau dodol, menganyam ketupat, dan Bazaar Raya Poernama Lebaran akan diadakan bagi menghidupkan semangat perayaan.

Pengarah Heritage Valley Kuala Lumpur, Idi Iskandar

Pemilik Lomak Salai Tampin Negeri Sembilan, Pak Din 

Pengarah Heritage Valley Kuala Lumpur, Idi Iskandar, berkata mereka mahu membawa tetamu merasai pengalaman berbuka seolah-olah di kampung, lengkap dengan juadah tradisi yang semakin jarang dinikmati masyarakat bandar. Ramadhan Feast Buffet ini dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang bulan mulia, sekali gus mengukuhkan kedudukan Heritage Valley sebagai hab gaya hidup dan kulinari utama di ibu negara.


Tempahan kini dibuka secara dalam talian di https://luxeacre.onpay.my/order/form/1 atau melalui talian 018-7617688. Heritage Valley, yang mula beroperasi pada 2025, merupakan destinasi gaya hidup moden yang menghimpunkan makanan, komuniti, seni dan acara dalam satu lokasi, menjadikannya pusat interaksi dan pengalaman kulinari di Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

QBEEP LANCAR RESQMEALS: LANGKAH PRAKTIKAL TANGANI KRISIS OBESITI DAN PEMBAZIRAN MAKANAN

“PUASA TETAP PUASA & RAYA TETAP RAYA”, BERSAMA RTM SEGALANYA ISTIMEWA