JOY BAWA AURA SEGAR KE KUALA LUMPUR DENGAN JELAJAH ASIA “JOY SPLASH” 2026


Kuala Lumpur bakal menjadi saksi malam penuh pesona apabila ahli Red Velvet, JOY, tampil dengan konsert solo jelajah Asia pertamanya. Dianjurkan oleh Zues Event, 2026 JOY ASIA TOUR “JOY SPLASH” akan berlangsung pada 25 April 2026 (Sabtu), jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Sebagai salah satu destinasi penting dalam rangkaian jelajah Asia, konsert ini menjanjikan pengalaman audio-visual yang imersif dengan produksi pentas bergaya, segmen interaktif dan susunan persembahan eksklusif khas buat ReVeluv Malaysia. JOY bakal mempersembahkan lagu-lagu popular serta kejutan istimewa yang pasti menambah kenangan manis buat peminat.

Lebih istimewa, pelbagai fan benefits eksklusif turut disediakan, memberi peluang kepada peminat untuk menikmati pengalaman lebih dekat bersama JOY.

Butiran Acara
  • Acara: 2026 JOY ASIA TOUR “JOY SPLASH”
  • Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
  • Masa: 8:00 malam
  • Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
  • Penganjur: Zues Event Sdn. Bhd.

Butiran Tiket
  • Harga: RM698 / RM598 / RM498 / RM398
  • Tarikh Jualan: 7 Mac 2026
  • Masa Jualan: 12:00 tengah hari
  • Laman Web: etix.my
Nota Penting
  • Maksimum 4 tiket setiap transaksi untuk satu alamat e-mel
  • Caj tempahan RM4 setiap tiket
  • Caj pemprosesan RM10 setiap transaksi
  • Harga tidak termasuk 8% SST
ReVeluv Malaysia, catat tarikh ini — kerana JOY bakal membawa splash penuh keceriaan, aura positif dan momen yang akan dikenang lama.

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA

LAZMALL CATAT PERTUMBUHAN ENAM KALI GANDA, AI SUMBANG HAMPIR US$3 JUTA DALAM JUALAN ULANG TAHUN LAZADA

SANTAI, SIHAT & BERGAYA – FILA FUN RUN 2026 DI PUTRAJAYA