MI SEDAAP DAN HOCK KEE KOPITIAM BERGANDING BAHU SEMPENA RAMADHAN DENGAN SAJIAN CITA RASA MALAYSIA YANG ISTIMEWA
Ramadan kali ini, Mi Sedaap membawa mi segera kegemaran ramai dari bungkusan ke hidangan kopitiam bersama Hock Kee Kopitiam. Sebagai mi goreng pilihan No.1 rakyat Malaysia, Mi Sedaap tampil dengan sajian terhad bertemakan ‘Rasa Muhibbah, Sedaap Bersama’ yang menampilkan dua hidangan istimewa, Mi Sedaap Goreng Asli bersama Satay Ayam Hock Kee serta Mi Sedaap Soto Ayam, kini boleh dinikmati di cawangan terpilih Hock Kee Kopitiam sepanjang Ramadan ini.
Dihasilkan dengan sentuhan seni kulinari khas Hock Kee Kopitiam, kedua-dua hidangan ini mengangkat rasa yang sudah sebati di lidah kepada pengalaman menjamu selera yang lebih istimewa.
Mi Sedaap Goreng Asli disajikan dengan taburan bawang goreng rangup “kriuk-kriuk” yang melengkapi mi kenyal diperbuat daripada tepung berkualiti tinggi yang diimport dari Kanada dan Australia. Hidangan ini dipadankan dengan Satay Ayam Hock Kee yang dipanggang sempurna di atas api, disaluti perapan kaya rasa dengan sentuhan manis serta aroma arang yang menggoda, menghasilkan keseimbangan rasa yang memikat.
Sementara itu, Mi Sedaap Soto Ayam menampilkan kuah beraroma yang harum bersama perahan limau nipis yang menyegarkan. Diperkaya dengan “serbuk gurih” istimewa berasaskan bawang putih dan serai, hidangan ini menawarkan rasa yang lebih kaya dan autentik, digandingkan dengan mi kenyal yang menjadikan setiap suapan terasa memuaskan.
“Mi Sedaap sentiasa memberi tumpuan kepada cita rasa yang dekat di hati rakyat Malaysia dan digemari ramai. Dalam memperkenalkan Mi Sedaap sebagai sajian di restoran, kami mahu bekerjasama dengan rakan kongsi yang mampu menyerlahkan rasa asli dalam hidangan mereka. Hock Kee Kopitiam menonjol dengan reputasinya dalam menyajikan hidangan kopitiam asli yang telah lama menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kolaborasi ini bertujuan mewujudkan pengalaman menjamu selera bersama yang menggabungkan keselesaan, keenakan rasa dan kebersamaan dalam satu hidangan,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Negara Mi Sedaap dari Gentle Supreme Sdn. Bhd.
“Bagi kami, kerjasama ini membuka ruang untuk satu pengalaman baharu untuk menikmati Mi Sedaap menerusi sentuhan dapur Hock Kee Kopitiam. Tanpa mengubah rasa asal yang digemari ramai, cef kami menumpukan perhatian kepada cara penyediaan, hiasan dan keseimbangan bagi menjadikan setiap hidangan lebih berkarakter. Ia satu peluang yang mengujakan untuk menonjolkan kreativiti sambil mengekalkan hidangan yang mudah dinikmati, didekati dan sesuai dikongsi bersama, ” kata Nick Ng, Pengasas Hock Kee Kopitiam.
![]() |
| (Kiri) Ng Hock Guan, Pengurus Negara Mi Sedaap dari Gentle Supreme Sdn Bhd dan (Kanan) Nick Ng, Pengasas Hock Kee Kopitiam, menandakan jalinan kerjasama melalui majlis menandatangani MOU rasmi. |
Bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadan, pelanggan boleh menikmati promosi khas sepanjang tempoh kempen. Pelanggan yang menjamu selera di restoran, memesan mana-mana hidangan baharu Mi Sedaap dan membeli satu set Mi Sedaap dalam resit yang sama akan menerima “Mangkuk Mi Sedaap Edisi Terhad” secara PERCUMA. Promosi ini menjadikannya peluang terbaik untuk berkongsi pengalaman iftar bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sertai kami dalam meraikan hidangan baharu Mi Sedaap yang ditawarkan untuk tempoh terhad ini, sambil menikmati suasana sajian kulinari Malaysia yang meriah. Promosi eksklusif ini hanya boleh dinikmati di cawangan terpilih Hock Kee Kopitiam termasuk City Square, Sanctuary Mall, BBCC Tuah, Eco Majestic, AEON Shah Alam dan Kota Damansara serta cawangan terbaharu di Vertical Podium, Bangsar South.
Untuk info lanjut serta perkembangan terkini, ikuti Mi Sedaap di media sosial (Instagram, TikTok and YouTube) atau Hock Kee Kopitiam.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment