WHITE SHOES & THE COUPLES COMPANY BERSAMA NONARIA BAKAL BERSENANDUNG RIA DI KUALA LUMPUR MEI INI


Peminat muzik retro dan jazz-pop bakal menikmati sebuah pengalaman eksklusif apabila konsert Senandung Ria Di Kuala Lumpur berlangsung pada 10 Mei 2026 (Ahad) di Zepp Kuala Lumpur. Acara yang dianjurkan oleh ZS Entertainment bersama LampuNeon Entertainment ini menampilkan gabungan dua kumpulan popular dari Indonesia, White Shoes & The Couples Company dan NonaRia, dalam satu pentas istimewa untuk satu malam sahaja.

Konsert ini dibina sebagai sebuah pengalaman muzikal sinematik dengan tema nostalgia, keceriaan dan romantika bandar. Menurut penganjur, konsep tersebut mengangkat keindahan muzik retro, jazz-pop ringan serta elemen sinematik yang membawa penonton kembali ke suasana klasik penuh emosi dan warna. “Kami mahu penonton merasai keindahan setiap melodi dan lirik, dan sejenak melupakan kesibukan harian,” jelas pihak penganjur.


Gabungan White Shoes & The Couples Company yang terkenal dengan susunan muzik sofistikated serta NonaRia dengan gaya ceria dan feminin dianggap unik kerana kedua-duanya berkongsi DNA muzik berakar pada bunyi retro dan pop klasik. “Gabungan ini jarang dipersembahkan dan menjadikan konsert ini sesuatu yang eksklusif,” tambah penganjur.


Produksi khas untuk Kuala Lumpur ini akan menampilkan susunan muzik eksklusif, visual retro-sinematik, aliran persembahan penuh cerita serta kemungkinan kolaborasi spontan di atas pentas. Zepp Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi kerana keseimbangan antara skala besar dan keintiman, selain akustik mantap serta fasiliti teknikal canggih.


White Shoes & The Couples Company menyatakan keterujaan mereka untuk kembali ke Kuala Lumpur: “Kami sangat teruja dan berharap penonton dapat menikmati setiap detik konsert ini bersama kami.” Sementara itu, NonaRia melihat acara ini sebagai peluang mencipta kenangan bersama peminat tempatan: “Kami tidak sabar untuk berkongsi pentas dan mencipta malam penuh keceriaan bersama penonton Malaysia.”


Tiket konsert ditawarkan dalam beberapa kategori: Standing (RM200), Category 2 (RM290), Category 3 (RM290), dan VIP Box (RM450 untuk seorang). Maklumat lanjut mengenai saluran penjualan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE HOUSE: BAZAR GAYA RAYA TAMPILKAN TREND BELI-BELAH RAYA BERTERASKAN KANDUNGAN DAN PERTUMBUHAN JENAMA TEMPATAN