SHOPEE HOUSE: BAZAR GAYA RAYA TAMPILKAN TREND BELI-BELAH RAYA BERTERASKAN KANDUNGAN DAN PERTUMBUHAN JENAMA TEMPATAN
Sempena rakyat Malaysia membuat persiapan menjelang Ramadan dan Raya, Shopee Malaysia menghimpunkan jenama, affiliate, dan pencipta kandungan di acara Shopee House: Bazar Gaya Raya di The Yard, Sentul Depot. Acara ini memberikan gambaran awal tentang trend perayaan, sambil menunjukkan bagaimana perdagangan berteraskan kandungan membantu pembeli membuat pilihan dengan lebih yakin, serta menyokong pertumbuhan penjual dan afiliate tempatan.
| Opal Wu, Pengarah Revenue dan Perniagaan Baharu, Shopee Malaysia, menyampaikan sesi pembentangan |
Mengulas perubahan ini, Opal Wu, Pengarah Revenue dan Perniagaan Baharu di Shopee Malaysia, berkata pembeli kini semakin bergantung pada kandungan untuk membuat persiapan Raya. “Semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan kandungan untuk mencari produk dan membandingkan pilihan menjelang Ramadan dan Raya. Apabila pembeli menonton livestream, video pendek, dan cadangan daripada pencipta, penjual dapat menjangkau pelanggan baharu, pencipta kandungan memperoleh peluang menjana pendapatan, dan pembeli pula dapat membuat keputusan dengan lebih yakin,” katanya.
Data Shopee menunjukkan perubahan ini. Pada tahun 2025, platform tersebut mencatat lebih 7 bilion tontonan di Shopee Live dan Shopee Video. Penjual yang menggunakan ciri ini menggandakan jumlah pesanan sepanjang kempen Raya, manakala kandungan yang dipacu affiliate mencatat peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda.
Pada tahun 2026, Shopee memperluaskan pendekatan ini menerusi kempen Shopee Bazar Hebat Ramadan, dengan lebih banyak livestream, kandungan daripada pencipta, serta hiburan di Shopee Live dan Shopee Video. Kempen ini membina momentum siri siaran langsung fesyen mingguan #GRWS di aplikasi, yang turut dihidupkan di acara Shopee House. Konsep ini dibawakan secara fizikal melalui pertunjukan fesyen yang menampilkan koleksi Ramadan-Raya eksklusif Shopee daripada jenama tempatan seperti Siti Khadijah, Naelofar, Bulan Bintang, dan Adnaa.
Apabila fesyen menjadi tumpuan sepanjang musim perayaan, pembeli boleh mendapatkan tip gaya daripada duta jenama Mimi Fly dan Hael Husaini menerusi Shopee Raya Fashion Lookbook, yang menampilkan label popular serta kolaborasi produk eksklusif. Selain fesyen, pembeli juga boleh menikmati hiburan menerusi siri mikro drama popular di Shopee melalui kerjasama baharunya dengan Viu, bermula 16 Februari dengan episod baharu setiap hari pada jam 12 tengah hari.
“Pembeli hari ini mahukan inspirasi, nilai dan kemudahan dalam satu tempat. Dengan menghubungkan pembeli, penjual, dan afiliate melalui kandungan, kami mewujudkan ekosistem perayaan yang lebih inklusif, di mana perniagaan kecil boleh berkembang dan rakyat Malaysia dapat menikmati pengalaman beli-belah berteraskan kandungan sambil membuat persiapan Raya dengan lebih mudah,” tambah Opal Wu.
Melalui kempen Shopee Bazar Hebat Ramadan, Shopee menghimpunkan tawaran, kandungan, dan hiburan bagi menjadikan pengalaman beli-belah perayaan lebih berpatutan, menarik, dan mudah diakses untuk semua.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment