MAGGI® TERUS HIDUPKAN TRADISI BUBUR LAMBUK DI BULAN RAMADAN


Setiap kali Ramadan, Bubur Lambuk menjadi juadah ikonik yang melambangkan semangat gotong-royong dan kebersamaan masyarakat. Tahun ini, MAGGI® meneruskan komitmen lebih dua dekad dengan inisiatif Bubur Lambuk Berkat Setempat, menghimpunkan masjid, persatuan penduduk, institusi pengajian tinggi dan organisasi komuniti bagi menyediakan serta mengagihkan lebih 400,000 mangkuk Bubur Lambuk di lebih 300 lokasi seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Encik Juan Aranols, menegaskan bahawa tradisi Bubur Lambuk mencerminkan nilai kebersamaan dan kepedulian yang dekat dengan rakyat Malaysia. “Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat terus menyokong komuniti tempatan sambil memberi ruang kepada generasi muda untuk meneruskan tradisi yang bermakna ini,” katanya.

Program tahun ini turut melibatkan IPTA seperti UPM, UiTM, UMK dan UMT, selain kerjasama dengan PUSPANITA, Suri Rumah Rahmah serta Penerokawati. Penglibatan mahasiswa dan kumpulan wanita komuniti bukan sahaja memastikan tradisi ini terus hidup, tetapi juga memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.


MAGGI® bukan sekadar menyumbang bahan masakan, malah menyediakan perisa dan panduan memasak bagi memastikan rasa Bubur Lambuk kekal mantap. Dengan penggunaan MAGGI® CukupRasa™, setiap kawah bubur yang dimasak secara bergotong-royong mengekalkan kelazatan dan konsistensi.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia, Cik Ivy Tan Link Cheh, menambah: “Tradisi Bubur Lambuk mencerminkan semangat kebersamaan yang amat dekat dengan masyarakat Malaysia. Di PPR HICOM, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan komuniti menyediakan dan mengagihkan 1,800 mangkuk Bubur Lambuk kepada penduduk setempat.”

Selain dapur komuniti, MAGGI® turut memberi inspirasi di dapur rumah dengan resipi mudah untuk sahur, berbuka dan persiapan Raya. Dari kawah besar hingga ke dapur keluarga, MAGGI® terus mengukuhkan peranannya sebagai jenama yang sinonim dengan tradisi masakan Ramadan di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE 3.8 JUALAN HARI WANITA RAIKAN SEMANGAT KETABAHAN JENAMA AKSESORI SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

CUCKOO MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DENGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAMSUNG DAN TOURISM MALAYSIA, PERKENALKAN PRODUK KEDIAMAN SIHAT PINTAR SERTA MASKOT PERTAMA ‘HEPI’