MELODI MEMPERKENALKAN VIDEO MUZIK ‘LAGU RAYA UNTUKMU’ NYANYIAN HAEL HUSAINI


Menjelang sambutan Aidilfitri, suasana meriah perayaan mula dirasai dengan pelbagai persiapan yang dilakukan. Pada 8 Mac lalu, program hiburan popular TV3, Melodi, memperkenalkan video muzik terbaharu berjudul Lagu Raya Untukmu nyanyian penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, yang diharapkan dapat menambah seri sambutan Syawal tahun ini.

Sebagai karya istimewa Aidilfitri 2026, Lagu Raya Untukmu menggabungkan elemen muzik moden dan klasik, menjadikannya segar namun tetap meriah serta sarat dengan nuansa nostalgia. Dengan vokal penuh emosi, Hael Husaini menyampaikan mesej kemaafan, semangat kebersamaan, dan penghargaan terhadap insan tersayang, menjadikan setiap detik perayaan lebih bermakna.

Proses rakaman lagu ini melibatkan sesi vokal dan penyusunan muzik yang teliti di studio. Lagu ini turut menampilkan kolaborasi kreatif antara Hael Husaini dan penerbit terkenal, Iqie Hugh, yang berperanan sebagai penulis lirik dan komposer bersama Hael, memastikan setiap elemen lagu disusun dengan penuh kreativiti dan emosi.

Lagu Raya Untukmu juga merupakan antara projek kerjasama terbaharu antara Hael Husaini bersama Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment. Kerjasama ini mencerminkan hubungan profesional yang berterusan dalam menghasilkan karya muzik berkualiti, di samping memperkenalkan lagu Raya moden yang segar kepada para pendengar.

Menurut Hael Husaini, “Saya berharap lagu ini menjadi salah satu iringan indah dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, membawa suasana kegembiraan dan kehangatan kepada para pendengar ketika meraikan Syawal bersama keluarga dan sahabat handai. Lebih daripada itu, lagu ini menyampaikan mesej tentang kepentingan kemaafan, semangat kebersamaan, serta menghargai setiap detik berharga bersama insan tersayang.”

Video muzik Lagu Raya Untukmu kini boleh distrim di YouTube menerusi saluran rasmi Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment. Penonton juga digalakkan untuk menyertai kemeriahan ini dengan menghasilkan video kreatif mereka sendiri menggunakan lagu ini, sama ada melalui video transisi persiapan Ray dan tarian ringkas yang memaparkan momen menjelang Aidilfitri.

Orang ramai dijemput menonton video muzik ini serta berkongsi kemeriahan sambutan Raya mereka di media sosial menggunakan tanda pagar #LaguRayaUntukmu. Untuk maklumat terkini mengenai Alternate Records & Talents, ikuti akaun rasmi mereka di Facebook, Instagram (@alternate.my_), dan TikTok (@alternate.rt_).

Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE 3.8 JUALAN HARI WANITA RAIKAN SEMANGAT KETABAHAN JENAMA AKSESORI SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

CUCKOO MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DENGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAMSUNG DAN TOURISM MALAYSIA, PERKENALKAN PRODUK KEDIAMAN SIHAT PINTAR SERTA MASKOT PERTAMA ‘HEPI’