NADIN AMIZAH DAN FEBY PUTRI BAKAL BERAKSI SEPENTAS DI KOTA KINABALU MENERUSI MELODI MALAM 2.0
Konsert anjuran Sembang Kari Entertainment bukan sekadar menampilkan gabungan dua nama besar, tetapi juga membawa konsep persembahan yang intim dan dekat dengan jiwa penonton. Menurut Pengarah Urusan syarikat tersebut, Amar Syah, penganjuran Melodi Malam 2.0 bertujuan menghadirkan pengalaman muzik yang lebih peribadi dan bermakna kepada peminat di Borneo.
“Kami percaya gabungan Nadin Amizah dan Feby Putri di atas satu pentas adalah sesuatu yang istimewa. Lebih penting, ini kali pertama mereka tampil bersama di Kota Kinabalu, dan kami yakin ia akan menjadi malam yang sukar dilupakan,” katanya.
![]() |
| Nadin Amizah |
| Feby Putri |
Kedua-dua artis ini dikenali dengan karya puitis yang sarat emosi dan dekat dengan hati pendengar. Nadin Amizah, yang popular dengan gaya persembahan penuh kelembutan, mengakui teruja untuk akhirnya bertemu peminat di Sabah. “Setiap kota punya rasa yang berbeza, dan saya percaya malam di Kota Kinabalu nanti akan menjadi pengalaman indah, lebih istimewa kerana saya tampil bersama Feby Putri,” ujarnya.
Feby Putri pula menyifatkan konsert ini sebagai momen yang dinanti-nantikan. “Saya tahu ramai peminat sudah lama menunggu persembahan ini. Saya harap Melodi Malam 2.0 akan menjadi malam yang penuh rasa, hangat dan dekat di hati semua yang hadir,” katanya.
Dengan konsep yang menekankan keindahan muzik dan hubungan emosi antara penyanyi serta penonton, Melodi Malam 2.0 dilihat bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, tetapi juga sebuah perayaan seni yang mampu mengukuhkan lagi tarikan acara muzik antarabangsa di Kota Kinabalu.
Tiket konsert dijual pada harga RM229 bagi kategori Kembali Sorai (Free Standing) dan boleh didapati melalui laman web rasmi myticketempire.com bermula 13 Mac 2026, jam 12 tengah hari.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment