CERIAKAN HARI RAYA ANDA BERSAMA BOBOIBOY, MECHAMATO, PIPI DAN PAPA ZOLA DI PAVILION BUKIT JALIL
Pavilion Bukit Jalil menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan kempen “Joyful Aidilfitri: Together, Here”, menampilkan wira animasi kegemaran Malaysia – BoBoiBoy, Mechamato Papa dan Pipi Zola. Kempen sebulan penuh ini berlangsung dari 27 Februari hingga 29 Mac 2026, membawa pengunjung menyelami semangat kekeluargaan, budaya dan kebersamaan dalam suasana perayaan yang meriah.
Bekerjasama dengan Monsta, Pavilion Bukit Jalil menghidupkan tradisi balik kampung melalui dekorasi bertema animasi, bazar Raya, serta pengalaman berbuka puasa di lebih 150 restoran dan 600 jenama runcit. Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati suasana dekorasi yang diinspirasikan daripada siri BoBoiBoy dan Mechamato, malah berpeluang bertemu maskot, menyertai bengkel budaya dan aktiviti komuniti sepanjang musim perayaan.
Dato’ Mearia Hamzah, Pengarah Lembaga Pavilion REIT berkata: “Hari Raya adalah musim penuh kegembiraan dan momen bermakna bersama keluarga. Melalui kolaborasi dengan Monsta, kami membawa wira Malaysia ke dalam pusat beli-belah, mewujudkan suasana mesra keluarga yang mencerminkan semangat Aidilfitri.”
Kempen ini turut menampilkan acara istimewa seperti Monsta Galaxy Card Tournament di Centre Court, Level 2, pada 7, 8, 14, 15, 28 dan 29 Mac 2026, di mana peminat permainan kad boleh bertanding untuk hadiah dan barangan eksklusif. Perarakan maskot Monsta pula berlangsung pada 7, 14 dan 28 Mac, membawa watak-watak popular seperti Amato, Papa Zola, Pipi Zola dan BoBoiBoy berarak bersama kanak-kanak di sekitar pusat beli-belah.
Selain itu, setiap Ahad (8, 15 dan 29 Mac), pengunjung boleh menikmati tayangan filem Monsta dengan kuiz pra-tayangan dan penampilan khas maskot. Suasana perayaan turut diperluas dengan Grand Line Raya Bazaar di PIAZZA, Level 3, hasil kerjasama dengan Netflix menampilkan tema One Piece dari 4–8 Mac.
Dimensi komuniti turut diberi perhatian melalui Single Mom Market oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia, yang meraikan usahawan wanita sepanjang kempen. Pada 11 Mac, Pavilion REIT akan menganjurkan Joyful Aidilfitri Iftar with Community bersama rumah anak yatim sekitar Lembah Klang, melibatkan 600 tetamu dengan sokongan lebih 30 jenama Pavilion Malls.
Aktiviti budaya turut disemarakkan dengan bengkel seni batik oleh UCSI University (ICAD) pada 14 Mac, serta Batik Gaya Raya Fashion Parade pada 28 Mac. Sementara itu, sempena Earth Day 2026, Pavilion Bukit Jalil akan menganjurkan WWF Eco Bazaar dari 27–29 Mac dengan aktiviti mesra alam termasuk Scavenger Hunt, bazar bebas plastik dan upacara Lights Out.
Sepanjang kempen, pengunjung berpeluang menikmati ganjaran eksklusif melalui kerjasama dengan Maybank, termasuk set barangan edisi terhad dan peluang memenangi barang kemas emas dalam Raya Super Sale sempena Malaysia Super Sales 2026.
Dengan gabungan hiburan, budaya, komuniti dan ganjaran membeli-belah, Joyful Aidilfitri: Together, Here di Pavilion Bukit Jalil menjanjikan pengalaman perayaan yang penuh makna, di mana setiap kunjungan menjadi kenangan indah untuk seisi keluarga.
Maklumat lanjut boleh didapati di:
Website: www.pavilion-bukitjalil.com
Facebook: PavilionBukitJalil.Mall
Instagram: @pavilionbukitjalil
TikTok: @pavilionbukitjalil
Xiaohongshu: Pavilion_BJ
YouTube: @PavilionBukitJalil
.jpeg)
Comments
Post a Comment