RAYA 2026: SELEBRITI MALAYSIA KONGSI PERSIAPAN RAYA DI SHOPEE LIVE



Hari Raya Aidilfitri membawa makna istimewa buat rakyat Malaysia – daripada menikmati juadah tradisi dan menggayakan baju Raya hingga meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Seiring semakin ramai pengguna beralih ke platform dalam talian untuk merancang persiapan perayaan, Shopee Bazar Hebat Raya mendekatkan peminat dengan selebriti kegemaran melalui Shopee Live, di mana Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Mimi Fly dan Hael Husaini berkongsi persiapan mereka menjelang Syawal.

Tokti Jemput Peminat ke Rumah Terbuka Raya

Bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sambutan Raya sering dikaitkan dengan tradisi rumah terbuka. Daripada menyelaraskan baju Raya sedondon bersama keluarga hingga menyediakan juadah kegemaran seperti gulai tempoyak ikan patin dan rendang Tok, beliau sentiasa menantikan peluang untuk menyambut kehadiran insan tersayang.

Semangat berkongsi itu turut diperluaskan kepada peminatnya. Melalui jenama SimplySiti di Shopee, beliau berinteraksi dengan peminat menerusi Shopee Live sambil berkongsi set hadiah kesihatan dan kecantikan yang dipilih khas. “Menjelang Syawal, saya biasanya sibuk mengurus persiapan rumah, merancang menu, memilih pakaian serta menyediakan hadiah kecil,” katanya. “Di Shopee Live, saya seronok berkongsi set hadiah dan keperluan Raya yang saya pilih khas supaya penonton boleh mendapatkan idea untuk persiapan mereka sendiri. Tahun ini, saya juga jemput lima penyokong setia SimplySiti ke rumah terbuka Raya saya sebagai tanda penghargaan.”

Mimi Fly Kongsi Cara Gayakan Fesyen Raya Mampu Milik

Bagi penyanyi lagu Serumpun, Mimi Fly, adalah tentang memilih pakaian yang boleh digayakan semula selepas musim perayaan. Antara kunjungan rumah terbuka dan masa santai di rumah dengan lagu Raya nostalgia atau filem klasik P. Ramlee seperti Ali Baba Bujang Lapok, keselesaan dan praktikaliti tetap menjadi keutamaan.

Dalam satu sesi Shopee Live baru-baru ini, Mimi turut berkongsi buku gaya Rayanya, sambil menunjukkan bagaimana pakaian ringkas dari Shopee boleh digayakan menjadi penampilan yang lebih kemas dan bergaya. “Saya suka gaya yang mudah dipadankan tetapi masih bergaya, terutamanya ketika berkunjung ke rumah terbuka sepanjang hari,” katanya. “Melalui Shopee Live, saya berkongsi #GetReadyWithShopee Fashion Hacks dengan memadankan fabrik, warna dan aksesori yang berbeza untuk menyerlahkan baju Raya. Saya seronok melihat gaya tersebut terbentuk secara langsung, dan penonton juga boleh menemui produk fesyen yang boleh digayakan bukan sahaja untuk Raya tetapi juga untuk acara lain.”

Hael Husaini Gabungkan Gaya Moden dengan Baju Melayu Klasik

Sebagai anak kampung sejati, penyanyi dan penulis lagu Hael Husaini sentiasa pulang ke Negeri Sembilan sempena Syawal untuk bertemu sanak saudara, menikmati hidangan kegemaran seperti rendang Minang dan meneruskan tradisi kunjung-mengunjung.

Apabila tiba musim rumah terbuka, Hael juga sering membantu ahli keluarga memilih baju Raya mereka. Dikenali dengan gaya yang menggabungkan Baju Melayu klasik dan sentuhan moden, beliau gemar mencuba dengan warna serta aksesori sambil mengekalkan elemen tradisional. “Saya memang suka menggayakan pakaian, sama ada untuk diri sendiri atau keluarga,” katanya. “Di Shopee Live, saya menunjukkan cara memadankan Baju Melayu moden daripada koleksi 50% Raya Fashion Trends Shopee dengan sampin songket tradisional, sambil berkongsi kepada penonton di mana mereka boleh mendapatkannya.”

Lengkapkan Persiapan Raya dengan Shopee Bazar Hebat Raya

Daripada memilih baju Raya hingga mencari hadiah istimewa, Shopee Bazar Hebat Raya membantu rakyat Malaysia membuat persiapan Syawal dengan lebih mudah. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pembeli juga boleh menonton sesi Shopee Live PrimaValet pada 10 Mac dari 10PM hingga 12AM yang menampilkan duta jenama PrimaValet, YB Tuan Syed Saddiq Abdul Rahman, dengan tawaran diskaun eksklusif sehingga 20% di Shopee Live.

Selain itu, pembeli boleh menikmati 50% Diskaun Fesyen Raya Terkini, baucar 50% Harian Shopee Live, serta Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, menjadikan pembelian fesyen dan keperluan Raya lebih mudah di satu platform. Ketahui lebih lanjut di: https://shopee.com.my/m/raya-sale

Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE 3.8 JUALAN HARI WANITA RAIKAN SEMANGAT KETABAHAN JENAMA AKSESORI SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

CUCKOO MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DENGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAMSUNG DAN TOURISM MALAYSIA, PERKENALKAN PRODUK KEDIAMAN SIHAT PINTAR SERTA MASKOT PERTAMA ‘HEPI’