IQIYI MERAIKAN KEJAYAAN C-DRAMA DAN MEMPERKENALKAN ‘ORIGINAL SLATE’ MALAYSIA 2026 DI ACARA RAYA


iQIYI International, sebuah platform penstriman terkemuka di Asia dan pusat hiburan Asia dengan lebih 6,000 jam kandungan premium, hari ini mengesahkan semula komitmen jangka panjangnya kepada Malaysia dengan pelancaran barisan produksi asli Melayu 2026 sewaktu acara Hari Raya Aidil Fitri, “Celebr-Eid with Team Raya iQIYI 2026,” yang turut dihadiri oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia; Encik Zheng Xuefang, Menteri Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia; dan Encik Yang Xianghua, Presiden iQIYI International.

Diadakan sempena musim perayaan, acara ini telah menghimpunkan artis tempatan, rakan produksi, media dan pihak berkepentingan industri, bersama pegawai kerajaan yang terkemuka, mencerminkan peranan iQIYI yang semakin berkembang sebagai platform kandungan dan pelabur aktif dalam ekosistem kreatif kandungan Malaysia.

[Daripada kiri ke kanan] Encik Yang Xianghua, Presiden iQIYI International; YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia; Encik Zheng Xuefang, Menteri di Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia dan Dinesh Ratnam, Pengarah Urusan Kanan, iQIYI Asia Tenggara.

Platform yang Berkembang untuk Penonton di Malaysia

Sebagai destinasi No. 1 untuk hiburan Cina, iQIYI juga menyaksikan pertumbuhan pesat dalam tontonan merentas budaya. Terutamanya melalui drama-C yang telah muncul sebagai genre yang paling pesat berkembang di Malaysia, dengan tontonan drama-C beserta sarikata Bahasa Melayu meningkat dua kali ganda, mencerminkan kejayaan iQIYI dalam menjangkau penonton Malaysia yang lebih luas dan pelbagai.

Dinesh Ratnam, Pengarah Urusan Kanan, iQIYI Asia Tenggara.

“Hari Raya merupakan masa yang bermakna untuk komuniti dan industri kreatif bersatu, dan kami berbesar hati untuk meraikannya bersama rakan kongsi, artis dan pencipta yang membentuk penceritaan Malaysia,” kata Dinesh Ratnam, Pengarah Urusan Kanan, iQIYI Asia Tenggara.

“Kami berasa bangga untuk meluaskan komitmen kami dengan karya-karya asal tempatan Malaysia yang baharu, disamping terus membawakan hiburan Asia yang terbaik — daripada cerita-cerita tempatan hinggalah drama Cina yang disukai ramai di seluruh dunia — lebih dekat kepada penonton Malaysia.”

Memperluas Karya Asli Malaysia dan Memperkukuhkan Ekosistem Kandungan Tempatan

Sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya di Malaysia, iQIYI International terus mengembangkan pelaburannya dalam penceritaan tempatan. Senarai 2026 yang baru diumumkan menampilkan lima produksi asli Melayu yang merangkumi drama keluarga, percintaan dan saspens, termasuk Dua Nyawa, Madu Atau Racun, Ceraikan Aku Sekali Lagi, Sekali Lagi, Bahagia dan Griya.

Zebedee De Costa, Ketua Kandungan Tempatan di iQIYI Malaysia

Sejak memperkenalkan drama Melayu tempatan pada tahun 2020, iQIYI International Malaysia telah mengembangkan jejaknya di Malaysia dengan mantap, berkembang daripada pemerolehan kandungan kepada pelaburan aktif dalam produksi dan perkongsian tempatan. Sehingga kini, iQIYI telah melabur secara signifikan dalam kandungan Malaysia merentasi kedua-dua produksi asli dan pelesenan, mencerminkan komitmen jangka panjangnya kepada industri tempatan. iQIYI telah menghasilkan lebih daripada sedozen judul asli Malaysia, termasuk siri yang menonjol seperti Rampas Cintaku hingga Senyawa dan banyak lagi.

Selain filem asal (original), iQIYI juga bekerjasama secara rapat dengan rakan kongsi penyiaran utama, termasuk Media Prima, untuk membawakan beberapa judul paling popular di Malaysia ke iQIYI. Usaha-usaha ini bersama-sama menyumbang kepada penawaran kandungan tempatan yang lebih komprehensif dan kompetitif untuk penonton Malaysia.



Seterusnya, iQIYI terus bekerjasama rapat dengan rumah produksi tempatan, artis dan rakan kongsi kreatif, menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem hiburan Malaysia. Acara Raya ini telah menghimpunkan lebih 30 artis tempatan dan rakan kongsi industri, memperkukuh kehadiran dan pelaburan jangka panjang iQIYI dalam pasaran Malaysia.

Rakan kongsi iQIYI Malaysia, Safi, dengan tema Raya mereka iaitu "Memperindah versi Terbaikmu", turut menekankan komitmen bersama iQIYI untuk memperkasakan wanita muda Malaysia melalui penceritaan, kreativiti dan ekspresi diri.

Speed and Love—drama Cina paling popular di iQIYI Malaysia pada tahun 2025—telah melayakkan Esther Yu menerima anugerah Watak Wanita Drama Cina Paling Popular 2025.

Berlandaskan Kebangkitan Populariti Drama Cina dan Merapatkan Hiburan Melangkaui Skrin

Jumlah penonton drama Cina di platform iQIYI Malaysia telah ketara meningkat dengan penonton daripada pelbagai etnik latar belakang semakin menarik perhatian melalui kandungannya, mencerminkan peningkatan populariti drama Cina di pasaran tempatan. Menurut Google Trends, carian berkaitan "drama Cina" di Malaysia juga telah meningkat, memperlihatkan lagi minat penonton tempatan yang semakin meningkat terhadap genre tersebut.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini, iQIYI menawarkan pelbagai judul drama Cina paling popular kepada penonton Malaysia. Selain penstriman, inisiatif iQIYI STARSHIP mendekatkan peminat dengan bintang kegemaran mereka melalui pengaktifan imersif, penampilan selebriti, aktiviti penglibatan peminat dan pameran kandungan.

Duta Global Antarabangsa iQIYI, Esther Yu

Mencerminkan pengaruh kuat drama Cina dan mendekatkan diri dengan penonton Malaysia, Duta Global Antarabangsa iQIYI, Esther Yu, telah membuat penampilan khas di acara iQIYI Raya, di mana dramanya Speed ​​and Love yang merupakan drama Cina paling popular di iQIYI Malaysia pada tahun 2025—dan melayakkan beliau menjadi penerima anugerah Watak Wanita Drama Cina Paling Popular 2025.

Inisiatif-inisiatif ini menunjukkan strategi iQIYI untuk menghubungkan hiburan digital dengan pengalaman dunia sebenar, mengukuhkan penglibatan peminat sambil mendekatkan drama Cina dengan penonton Malaysia.


Pandang Ke Hadapan

Memandangkan persaingan semakin sengit merentasi industri penstriman, pelaburan berterusan iQIYI dalam penceritaan tempatan, berserta barisan drama Cina yang mantap dan perkongsian strategik, meletakkannya untuk memainkan peranan jangka panjang dalam membentuk landskap kandungan Malaysia yang sentiasa berkembang.

Untuk maklumat terkini, sila ikuti:
Instagram: @iqiyimalaysia
TikTok: @iqiyi_malaysia
Facebook: iQIYI Malaysia


Comments

Popular posts from this blog

HARVEY NORMAN LANCAR HILKER TITANIUM COMFORTCORE V-SERIES: EVOLUSI KESELESAAN TIDUR DI MALAYSIA

PUBG MOBILE SAMBUT ULANG TAHUN KE-8 DENGAN SAMBUTAN MERIAH, UMUM FOKUS BAHARU KEPADA KOMUNITI MALAYSIA TIMUR