MUNCHY’S PERKENAL VARIAN BAHARU RASA KEJU & COKLAT DALAM RANGKAIAN BISKUT KRAKER

Munchy’s kini memperluaskan rangkaian biskut kraker dengan memperkenalkan dua varian baharu, iaitu rasa Keju dan Coklat, yang telah dilancarkan dalam satu acara khas di Mydin Subang Jaya hari ini. Pelancaran ini mencerminkan perubahan pilihan snek dalam kalangan pengguna Malaysia, di mana rasa dan tekstur semakin memainkan peranan penting dalam pengalaman menikmati snek harian.

(Dari kiri ke kanan: Ms. Ling Yee Wen, Pengarah Pemasaran UR Munchy’s; Ms. Lily Loo, Pengarah Jualan UR Munchy’s; YBhg. Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN); Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd, Director, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) dan YBrs. Tuan Salim Mydin, Executive Director, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)

Di kebanyakan rumah di Malaysia, kraker telah lama menjadi kegemaran ramai. Namun, apabila tabiat snek semakin berubah, jangkaan pengguna juga semakin meningkat. Pengguna kini mencari rasa yang kekal dan kerangupan yang berterusan dari gigitan pertama hingga terakhir. Menyedari perubahan ini, Munchy’s memperkenalkan varian baharu ini bagi menawarkan pengalaman rasa yang lebih lengkap dan kerangupan yang lebih memuaskan.

“Pengguna hari ini bukan sekadar mahukan snek yang ringkas. Mereka mencari sesuatu yang memberikan gabungan rasa dan tekstur yang benar-benar memuaskan. Dengan pengenalan rasa Keju dan Coklat, kami ingin menawarkan lebih pilihan sambil mengekalkan apa yang sudah sinonim dengan Kraker Munchy’s, iaitu kerangupan yang dikenali ramai serta mudah dinikmati bersama dalam saat-saat harian,” kata Ling Yee Wen, Pengarah Pemasaran URMunchy’s Malaysia.

Varian Keju menampilkan rasa keju sebenar yang lebih menyerlah, memberikan pengalaman rasa yang lebih asli dan memuaskan. Ia sesuai untuk mereka yang gemarkan rasa yang lebih kaya dan penuh berani dan menyenangkan, sama ada dinikmati bersama secawan teh atau dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sementara itu, varian Coklat membawa sentuhan coklat pekat yang lebih manis dan kaya dan memuaskan, sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Ia menambah kepelbagaian dalam rangkaian yang sama tanpa mengubah keselesaan rasa yang sudah biasa dinikmati.

Kedua-dua perisa ini dihasilkan untuk memberikan kerangupan yang konsisten dari awal hingga akhir. Digabungkan dengan rasa yang lebih menyerlah, menjadikan setiap gigitan biskut kraker terasa lebih lama dan bermakna. Penambahan varian Keju dan Coklat ini bukanlah bertujuan mengubah apa yang sudah digemari pengguna, sebaliknya melengkapkan lagi rangkaian sedia ada Munchy’s. Ia menawarkan lebih banyak pilihan sambil mengekalkan peranan produk ini dalam kehidupan seharian. Sama ada di meja kopi, pantri pejabat, bekal makanan atau kunjungan sosial, perisa baharu ini mudah dinikmati dalam pelbagai situasi.


Makanan sering menjadi penghubung dalam perbualan. Snek yang dikongsi bersama mampu mencetuskan gelak tawa, cerita, atau sekadar suasana tenang yang selesa. Dengan penambahan rasa Keju dan Coklat dalam rangkaiannya, Munchy’s terus membawa semangat berkongsi kegembiraan melalui snek yang mudah dinikmati dan dikongsi bersama.

Biskut Kraker Munchy’s perisa Keju dan Coklat kini boleh didapati di seluruh negara dalam pek 260g pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM5.60 di pasar raya utama dan pasar raya besar.

Pelancaran ini juga berlangsung sempena Kempen Riang Raya Bersama Munchy’s dan Jack ’n Jill, yang berlangsung dari 17 Februari hingga 30 April 2026. Menerusi kempen ini, pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM80,000 termasuk pengubahsuaian rumah. Kempen ini menggalakkan keluarga untuk bersama-sama berkongsi detik-detik bermakna sambil menambahkan keterujaan dalam persiapan perayaan. Maklumat lanjut mengenai Kempen Riang Raya Bersama boleh didapati di laman Facebook rasmi Munchy’s (https://www.facebook.com/Munchys/) dan Instagram (https://www.instagram.com/munchys.my/).

Comments

Popular posts from this blog

KLOOK TRAVEL PULSE: RAKYAT MALAYSIA DIJANGKA TINGKATKAN PERBELANJAAN PERJALANAN SEBANYAK 15% PADA 2026

RADHI HIDUPKAN NOSTALGIA SYAWAL DENGAN “RAYA BERSAMA”