JOM TEROKAI CITARASA TEMPATAN BERSAMA “RASA-RASA MALAYSIA” INSIDE SCOOP


Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim tempatan pilihan ramai, Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Encik Wizani Rosmin, Pengarah Kanan Pengurusan, bertempat di cawangan Inside Scoop Taman Tun Dr. Ismail.

Sejak mula bertapak di Bangsar, Inside Scoop sentiasa komited meneroka kepelbagaian citarasa yang membentuk identiti Malaysia. Menerusi koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”, jenama ini menghidupkan semula naratif tersebut dengan mengajak rakyat Malaysia menikmati keunikan warisan kulinari negara menerusi setiap skup yang disajikan. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan tempatan dan kisah tradisi setiap negeri, sekali gus menjadikan setiap kunjungan ke Inside Scoop satu pengembaraan citarasa merentasi Malaysia.


Koleksi edisi terhad ini menampilkan enam perisa baharu yang melambangkan identiti unik negeri-negeri di Malaysia – bermula daripada keriuhan kota Kuala Lumpur sehinggalah ke pelosok warisan Melaka, keunggulan sejarah Johor, keindahan pemandangan Kelantan, kedinginan tanah tinggi Pahang, serta kekayaan hutan hujan Sarawak yang menghijau.

"Setiap negeri di Malaysia mempunyai kisah unik dan citarasa tersendiri yang menjadi kebanggaan sesebuah tempat," kata Edmund Tan, Pengasas Bersama Inside Scoop. "Kami berharap setiap perisa tersebut menjadi pencetus inspirasi untuk anda merancang pengembaraan seterusnya, sekali gus merasai sendiri keajaiban dan keunikan yang ditawarkan di setiap negeri."


Koleksi 'Rasa-Rasa Malaysia' ini menggunakan ramuan autentik yang menonjolkan keaslian citarasa setiap negeri. Enam perisa tersebut ialah:

● Affogato (Johor): Sebuah sanjungan buat kopi Liberica Muar yang terkenal sebagai "Elephant Bean". Dengan aroma yang kuat dan rasa yang mendalam, kopi tempatan yang padu ini diadun menjadi affogato berkrim bagi meraikan warisan kopi Johor yang tersohor.

● Dark Chocolate Banana (Kelantan): Menampilkan hasil tanaman terbaik Pantai Timur, coklat gelap 70% dari Kelantan yang pernah memenangi anugerah, digandingkan dengan kemanisan pisang berangan ranum untuk keseimbangan sempurna antara rasa pahit dan manis.

● Dodol Musang King (Melaka): Satu gandingan yang unik antara sajian warisan Melaka dengan Raja Buah. Tekstur kenyal dan rasa karamel dodol durian tradisional dipertingkatkan lagi dengan Musang King, menghasilkan pencuci mulut yang mewah dan penuh kepuasan.

● Gula Apong Tiramisu (Sarawak): Menampilkan keistimewaan 'Emas Hitam' Borneo. Perisa tiramisu ini diserikan dengan adunan gula apong Sarawak yang menawarkan profil karamel berasap (smoky) yang unik dan tiada tandingan di dunia.

● Moola ChocoMalt Kaw Dinosaur (KL/Selangor): Menggamit nostalgia zaman kanak-kanak Malaysia. Diinspirasikan daripada minuman klasik gerai mamak sekitar KL dan Selangor, aiskrim yang ekstra "kaw" ini sangat berkrim dan memikat selera dalam setiap skup.

● Strawberry Lemonade (Pahang): Aiskrim lemon dengan sentuhan sitrus yang segar digabungkan bersama strawberi Cameron Highlands, membangkitkan suasana dingin tanah tinggi dan sangat sesuai dinikmati pada hari-hari yang panas.

Setiap skup aiskrim Rasa-Rasa Malaysia akan dihidangkan dalam cawan khas yang dibalut dengan ilustrasi unik bagi setiap negeri, sekali gus menjadikannya cenderamata bermakna bagi pengembaraan citarasa ini. Pelanggan boleh memilih untuk menikmati perisa kegemaran secara individu atau membawa pulang Pek Rasa-Rasa edisi terhad (RM70) yang sangat sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.


Inside Scoop turut membangkitkan keterujaan pengembaraan citarasa ini melalui aktiviti jejak cop (stamp rally) yang menyeronokkan. Dengan setiap pembelian Pek Rasa-Rasa (RM70) edisi terhad, pelanggan akan menerima sebuah Pasport Aiskrim. Pasport ini mengajak para peminat aiskrim untuk singgah ke cawangan Inside Scoop bagi mengumpul reka bentuk cop yang unik sebagai kenangan.


Setiap cawangan menampilkan reka bentuk cop yang unik, sekali gus menjadikan setiap kunjungan satu pengembaraan mini buat pelanggan yang ingin melengkapkan koleksi cop dalam pasport mereka. Pasport Aiskrim ini hanya tersedia secara eksklusif dengan setiap pembelian Pek Rasa-Rasa, sementara stok masih ada.


Koleksi ini boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop seluruh negara dari 6 April 2026 sehingga 11 Mei 2026. Ia merupakan jemputan buat semua pencinta aiskrim untuk “mengembara” ke serata Malaysia menerusi setiap skup yang dinikmati. Untuk maklumat lanjut mengenai perisa baharu dan tawaran terkini daripada Inside Scoop, ikuti @myinsidescoop di Instagram/Facebook dan @insidescoopmy di TikTok.

Comments

Popular posts from this blog

HARVEY NORMAN LANCAR HILKER TITANIUM COMFORTCORE V-SERIES: EVOLUSI KESELESAAN TIDUR DI MALAYSIA

PUBG MOBILE SAMBUT ULANG TAHUN KE-8 DENGAN SAMBUTAN MERIAH, UMUM FOKUS BAHARU KEPADA KOMUNITI MALAYSIA TIMUR