IZIPIZI RAI ULANG TAHUN PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN KOLEKSI KAPSUL ALEGRIA
Meraikan ulang tahum pertama kehadirannya di Malaysia, jenama kaca mata Paris yang penuh gaya, IZIPIZI, mempersembahkan koleksi kapsul terhad ALEGRIA. Terinspirasi daripada pesona Mediterranean, koleksi ini membawa aura percutian spontan, sinaran matahari musim panas, dan momen santai yang penuh kegembiraan.
Dilancarkan tepat pada musim ini, ALEGRIA mengangkat glamor santai Mediterranean melalui warna-warna ceria, siluet ringkas, dan tenaga penuh cahaya. Ia mencerminkan visi IZIPIZI tentang sebuah “Sweet Escape” — gaya harian yang ringan, ekspresif, dan kekal chic, sama ada di bandar atau di pesisir pantai.
Koleksi kapsul ini memperkenalkan dua siluet ikonik: LUZ dan BAY. LUZ tampil dengan bingkai cat-eye feminin, melengkung lembut dengan sentuhan vintaj yang elegan. BAY pula hadir dengan bentuk segi empat moden, bersifat uniseks dan direka untuk menyerlahkan gaya harian tanpa mengira bentuk wajah.
Menyempurnakan koleksi ini ialah palet lima rona ekspresif yang diinspirasikan daripada suasana, rasa dan tekstur musim panas Mediterranean. Dari merah menyala Pomodoro, biru santai Blue Riviera, neutral lembut Pastry Dream, kehangatan bumi Basil Love, hinggalah hitam klasik Black Olive — setiap warna membawa personaliti dan mood tersendiri.
Koleksi kapsul ALEGRIA kini boleh didapati pada harga RM359 di kiosk IZIPIZI, Pavilion Kuala Lumpur (Aras 5, Lot No. P52), dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Sempena pelancaran dan ulang tahun pertama IZIPIZI di Malaysia, pelanggan yang membeli dua pasang daripada koleksi ini akan menerima pouch eksklusif IZIPIZI, selagi stok masih ada.
%20(Custom).jpg)
.png)
.png)
Comments
Post a Comment